Selamat Datang Ke Pusat Data Rasmi Politeknik Merlimau Melaka

Font Size

SCREEN

Profile

Tetapan
 
 

Pengenalan

PENGENALAN


Korpus : Amalan Baik Pengurusan Sokongan ialah satu platform penerbitan hasil penulisan yang dihasilkan oleh pensyarah dan pegawai pengurusan sokongan politeknik dan kolej komuniti. Penulisan ini dihasilkan berorientasi kepada bidang pengurusan perhubungan dan latihan industry, pengurusan peperiksaan, pengurusan latihan dan pendidikan lanjutan, pengurusan pembangunan dan hal ehwal pelajar, pengurusan sukan, kokurikulum dan kebudayaan serta pengurusan intruksional dan multimedia. Melalui Korpus : Amalan Baik Pengurusan Sokongan, pensyarah dan pegawai pengurusan sokongan dapat mencurahkan idea, menganalisis data dan menghasilkan penulisan yang boleh dikongsi bersama seluruh warga JPPKK.

Korpus : Amalan Baik Pengurusan Sokongan ini juga akan menjadi rujukan kepada pensyarah dan pegawai pengurusan sokongan untuk mendapatkan maklumat mengenai amalan terbaik pengurusan sokongan di dalam merancang sesuatu program bagi mendapatkan hasil serta impak yang maksima. Selain itu juga, Korpus : Amalan Baik Pengurusan Sokongan boleh juga dijadikan rujukan kepada penyelidik yang ingin membuat kajian mengenai pengurusan pelajar di politeknik dan kolej komuniti.

Objektif

Objektif program ini ialah :

Menghasilkan Korpus : Amalan Baik Pengurusan Sokongan melalui hasil penulisanpensyarah dan pegawai pengurusan sokongan di politeknik dan kolej komuniti yang berteraskan elemen bidang pengurusan.

Menjalinkan hubungan kerjasama antara pensyarah dan pegawai pengurusan sokongan bagi menghasilkan penulisan ilmiah.

Sebagai wahana perkongsian amalan terbaik pengurusan sokongan untuk disebarluas dan dipraktikkan di politeknik dan kolej komunit seantero Malaysia.

Memupuk sikap kerjasama di kalangan pensyarah dan pegawai pengurusan sokongan dalam menghasilkan penulisan ilimiah.

Menanam nilai mencintai ilmu melalui penulisan, perkongsian idea dan pengalaman.

 

Impak

IMPAK
Impak program ini ialah :

Mengangkat imej politeknik dan kolej komuniti sebagai institusi TVET yang unggul melalui wadah pemikiran ahli teknologis.

Membina ekosistem penulisan yang unggul di politeknik dan kolej komuniti.

Menjadi bahan rujukan utama kepada pensyarah, pegawai pengurusan sokongan dan penyelidik untuk mendapatkan makluman amalan terbaik pengurusan sokongan di politeknik dan kolej komuniti.

Membudayakan penulisan sebagai wadah perkongsian ilmu yang unggul.

Butiran

  • BUTIRAN KORPUS : AMALAN BAIK PENGURUSAN SOKONGAN

    Butiran Korpus : Amalan Terbaik Pengurusan Sokongan ialah seperti berikut:

    Skop Penulisan

    Skop penulisan Korpus : Amalan Baik Pengurusan Sokongan meliputi bidang-bidang berikut:

    Pengurusan Perhubungan dan Latihan Industri

    Pengurusan Peperiksaan

    Pengurusan Latihan dan Pendidian Lanjutan

    Pengurusan Hal Ehwal dan Pembangunan Pelajar

    Pengurusan Intruksional dan Pembangunan Multimedia

    Pengurusan Sukan, Kokurikulum dan Kebudayaan

 

Syarat Umum

SYARAT UMUM


1.Penulisan yang dihantar hendaklah karya asli dan belum pernah diterbitkan di dalam mana terbitan, cetakan, jurnal, prosiding atau seumpamanya.


2.Penulisan tidak boleh mengandungi unsur-unsur lucah, politik dan sensitiviti agama serta kaum.


3.Penulisan boleh menggunakan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris


4.Penulisan wajib menggunakan perisian Microsoft Office


5.Format Kandungan di dalam penulisan ialah :

      Tajuk Penulisan
      Nama Pengarang

      Alamat E-mel

      Abstrak

      Kata Kunci

      Pengenalan

      Penyataan Masalah

      Kaedah Penyelesaian

      Hasil/Keputusan

      Kesan/Impak kepada Organisasi

      Perbincangan dan Kesimpulan

      Rujukan


   ** Template Penulisan Korpus boleh juga rujuk di sini.


6.Maksimum penulisan ialah 5 muka surat termasuk rujukan


7.Setiap penyertaan akan dinilai oleh Panel Penilai Korpus : Amalan Baik Pengurusan Sokongan. Seterusnya, penulisan yang
dinilaikan akan diputuskan samada perlu dibaiki, diterima atau ditolak.


8.Penulisan yang telah diterima dan disertakan dengan bayaran penyertaan sahaja akan diterbitkan


9.Korpus ini akan diterbit dengan pengesahan nombor ISBN/EISBN

 

10.Setiap penyertaan akan dikenakan bayaran RM25.00 bagi peserta PMM dan RM30.00 bagi peserta luar.


11.Setiap peserta akan diberikan sijil penyertaan, cenderahati serta EBook Korpus : Amalan Baik Pengurusan Sokongan.

Bayaran

  • Bayaran secara BANK-IN/TRANSFER boleh dibuat kepada:

    Pembayaran atas nama KOPERASI POLITEKNIK MERLIMAU MELAKA BHD

    No. Akaun : 554053100389 (Maybank Islamic Berhad)

    Remark: KORPUS 2019

Hubungi

  • Hubungan dan pertanyaan
    Unit Perhubungan dan Latihan Industri (UPLI)
    Politeknik Merlimau, Melaka
    KB1031, Pejabat Pos Merlimau
    77300 Merlimau, Melaka
    Tel = +6 06-2636687
    Fax = +6 06-2636678
    Email = Alamat e-mel ini dilindungi daripada spambots. Anda perlukan JavaScript diaktifkan untuk memaparkannya.

    Ishak bin Mohamed Basir
    Ketua Unit Perhubungan dan Latihan Industri
    Tel : +6012-3972107
    Samb : 1050

    Amran Bin Atan
    Pegawai Perhubungan dan Latihan Industri
    Tel : +6016-4141475
    Samb : 1051

 

Hebahan Terkini

 

Assalammualaikum dan selamat sejahtera,

Tuan/Puan

JEMPUTAN UNTUK MENERBITKAN BUKU KORPUS: AMALAN BAIK PENGURUSAN SOKONGAN ANJURAN POLITEKNIK MERLIMAU MELAKA

Saya dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara diatas,

2.             Sukacita dimaklumkan bahawa Politeknik Merlimau Melaka (PMM) akan menerbitkan Buku Korpus: Amalan Baik Pengurusan Sokongan seperti butiran di bawah:

Tarikh-tarikh penting adalah seperti berikut:

Aktiviti

Tarikh Pelaksanaan

i.     Tarikh akhir penghantaran kertas kerja

19 / 04 /2019

ii.    Tarikh makluman penerimaan kertas kerja 

16-17 Mei 2019

iii.  Tarik proses ulasan kertas kerja

1-15 Mei 2019

iv.   Edaran

  Julai 2019

 
3.     Sehubungan itu, warga institusi Ybhg. Dato’/Dr/Tuan/Puan adalah dijemput untuk menghantar penulisan untuk diterbitkan di dalam buku ini. Maklumat am dan syarat-syarat penyertaan boleh dirujuk  melalui   http://www.pmm.edu.my/korpus/. Tarikh tutup penyertaan ialah pada 30 April 2019. Diharap penerbitan buku ini akan menjadi satu platform perkongsian amalan baik sistem pengurusan di setiap  organisasi untuk dijadikan rujukan dan panduan serta menambahbaik sistem pengurusan sedia ada.


4.    Segala perhatian dan sokongan pihak tuan/puan amat kami hargai. Sekiranya terdapat pertanyaan mengenai perkara ini, sila hubungi urusetia Buku Korpus: Amalan Baik Pengurusan Sokongan di talian:

i.      En. Ishak bin Mohamed Bahir ( Alamat e-mel ini dilindungi daripada spambots. Anda perlukan JavaScript diaktifkan untuk memaparkannya. ) 06-2636687 ext. 1050

ii.     En.Amran bin Atan ( Alamat e-mel ini dilindungi daripada spambots. Anda perlukan JavaScript diaktifkan untuk memaparkannya. ) 06-2636687 ext. 1051


Sekian Terima Kasih.

 SYMA

Zaidah Binti Abd.Umar
Setiausaha
Buku Korpus: Amalan Baik Pengurusan Sokongan
Politeknik Merlimau Melaka


 

 
 
 
 
 
 

Maklumat Umum Korpus 2019

E-mel Cetak
User Rating:  / 1
PoorBest 

korpus2019