Selamat Datang Ke Pusat Data Rasmi Politeknik Merlimau Melaka

Font Size

SCREEN

Profile

Tetapan
 
 
 
 
Artikel

Akta 174

E-mel Cetak
User Rating:  / 5
PoorBest 

Kenali Akta 174.

Berikut adalah maklumat bagi Notis Denda a.k.a saman (Sebagaimana yang lebih dikenali oleh pelajar).

1. Apakah yang dimaksudkan sebagai Notis Denda.

Notis denda adalah termasuk dalam hukuman secara terus yang dikenakan ke atas kesalahan - kesalahan yang tidak memerlukan perbicaraan tatatertib.

sebagaimana pekeliling dari Sektor Pengurusan Politeknik KPT.JPKK.603-1/2/1 (14) bertajuk Edaran Perintah Kaedah - Kaedah Institusi Pelajaran (Tatatertib Pelajar - Pelajar) (Pindaan 2007) dinyatakan degan jelas bahawa:

1. (1) Perintah ini boleh dinamakan Perintah-perintah kaedah-Kaedah Institusi Pelajaran (Tatatertib Pelajar-pelajar) (Pindaan 2007)
   (2) Perintah ini berkuatkuasa 28 Disember 2007

Kaedah baru 26A

(4) kaedah - kaedah itu dipinda dengan memasukkan selepas kaedah  26 kaedah yang berikut:

"hukuman tataertib terus oleh pihak berkuasa tatatertib 26A.

(1) Pihak berkuasa tatertib boleh, pada budibicaranya, sebagai ganti mengambil tindakan tattertib dibawah bahagian V, mengenakan hukuman tatatertib terus, dengan amaran atau denda tidak melebihi lima puluh ringgit  ke atas mana-mana pelajar yang melakukan  kesalahan tattertib  di bawah perenggan 3 (i), kaedah-kaedah  6, 21, 22, 23 dan 25 dengan kehadiran atau pendapat pihak berkuasa tatatertib:

(2) setelah pengenaan hukuman yang tersebut dalam perenggan 1, pihak berkuasa tattertib hendaklah, dengan serta merta  menyerahkan kepada pelajar suatu Notis bertulis mengenai hukuman yang dikenakan itu dalam suatu borang mengikut sebagaimna yang diarahkan oleh Pegawai hal Ehwal Pelajar, dan jika hukuman itu ialah denda, peruntukan kaedah  kaedah 63 dan 64 hendaklah terpakai"


Apakah yang dimaksudkan dengan kaedah 63 dan 64?

Kaedah 63:  jika pihak berkuasa tatertib mengenakan hukuman denda  ke atas pelajar,  pihak berkuasa hendaklah menyatakan  tempoh denda itu dikehendaki dibayar dan pelajar pelajar itu hendaklah membayar denda itu kepada Unit Kewangan Politeknik.

contoh: kalau pelajar anda dikenakan hukuman itu, pelajar anda hendaklah membayarnya di Unit Kewangan Politeknik.

Kaedah 64: Jika pelajar itu tidak membayar denda  dalam tempoh  yang ditentukan  di bawah kaedah 61, ia hendaklah  selepas sahaja daripada itu digantung daripada menjadi pelajar  institusi  dan tidak boleh  selepas itu berada  atau memasuki kampus, pengantungan itu haruslah berterusan sehinggalah  denda itu dibayar.

2. Apakah pelajar saya berpeluang membuat rayuan bagi denda tersebut?

Ya, pelajar anda boleh membuat rayuan bagi mengurangkan denda tersebut dengan berjumpa Pegawai hal Ehwal Pelajar di Jabatan Hal Ehwal Pelajar dalam tempoh masa 7 hari bekerja dari tarikh anda didenda dan anda mesti membayar denda tersebut dalam tempoh masa 14 hari bekerja dari tarikh anda didenda.

3. Dimana pelajar saya perlu menjelaskan denda tersebut?

Pelajar anda boleh menyelesaikan denda anda di kaunter Unit Kewangan Politeknik dan mendapatkan resit rasmi pembayaran (resit tersebut hendaklah disimpan sebagai rujukan pelajar anda bila diperlukan). Pelajar anda juga dinasihatkan berjumpa dengan pegawai di JHEP bagi menyerahkan no rujukan atau no resit rasmi sebagai bukti pembayaran.

4. Apa akan berlaku jika pelajar anda tidak membayar denda?

Kegagalan pelajar anda membayar denda akan menyebabkan pelajar anda digantung pengajian sebagaimana peruntukkan dalam AKTA 174 kaedah 64.

5. kaedah - kaedah:

kaedah 6: Berkaitan pakaian dan rupa diri
Kaedah 21: Kebersihan dalam kampus ( termasuklah kediaman pelajar)
kaedah 22:: Ganguan bunyi bising yang mengganggu.
kaedah 23: menggunakan mana - man bangunan atau premis  sebagai tempat tidur selain dari tempat yang dibenarkan
Kaedah 25: Kad pelajar

Maklumat lanjut klik :
1) Kaedah 26a
2) Lalulintas


Ruslan AJ
Pegawai Disiplin Politeknik
Politeknik Merlimau