Selamat Datang Ke Pusat Data Rasmi Politeknik Merlimau Melaka

Font Size

SCREEN

Profile

Tetapan
 
 
 
 
Artikel

Buku Log Aktiviti Pelajar (BLAP)

E-mel Cetak
User Rating:  / 4
PoorBest 

PENGENALAN BUKU LOG AKTIVITI PELAJAR (BLAP)

BUKU Log Aktiviti Pelajar(BLAP) adalah untuk merekod Aktiviti Kokurikulum Bukan Akademik (AKBA)  semua pelajar di PMM bermula Sesi Dis 2010.

AKBA adalah aktiviti pelajar di Jabatan Hal Ehwal Dan Pembangunan Pelajar (JHEPP);Jabatan Akademik, Jabatan  Akademik Sokongan atau Unit-Unit di PMM yang melibatkan penyertaan semua pelajar melalui Kelab/Persatuan/di Jabatan/ di unit yang  berbentuk sukan, sosial, kerohanian, intelek pada peringkat dalam, luar kampus dan komuniti.

Program/aktiviti AKBA menjadi elemen kecemerlangan diri pelajar selain daripada akademik yang diikuti dan perlu diurus dengan efektif dan efisien bagi tujuan mengesan komitmen seseorang pelajar.

Penilaian terhadap AKBA akan menentukan kualiti penyertaan, melonjakkan semangat, melahirkan dorongan kuat untuk menyertai pelbagai program/aktiviti di PMM.

BLAP adalah saranan daripada Pengarah PMM, Dr Arshad Bin Kassim yang mahukan AKBA diselaraskan oleh JHEPP bermula Sesi Dis 2010. 
Pembangunan BLAP adalah hasil penandaarasan, temubual, lawatan dan rujukan laman web oleh pihak JHEPP dengan beberapa pihak yang sedang mengamalkan penggunaannya. Rujukan Dokumen Buku  Aktiviti Pelajar daripada Politeknik Melaka (PMK)  adalah asas pembangunannya.

Rujukan dan temubual juga dibuat oleh pihak JHEPP dalam pengamalan Sistem Merit-Demerit di Universiti Multimedia (MMU) dan rujukan Buku Aktiviti Pelajar dari Universiti Teknologi Malaysia.

Semoga usaha ini diberkati dan dapat memberikan impak positif semua pihak yang berkepentingan di PMM. 

OBJEKTIF BLAP

  • Menyedia, merekod, mengumpul, menyelaras dan mengemaskini rekod Aktiviti Kokurikulum Bukan Akademik
  • Menentukan mata merit pelajar dalam menyertai Aktiviti Kokurikulum Bukan Akdemik di PMM
  • Menjadi pendorong kepada penyertaan program/aktiviti pelajar di PMM
  • Mengakses fakta ringkas tentang akademik, pembangunan sahsiah diri dan akan menjadi testimoni yang boleh dirujuk dengan cepat bagi maklumat pencalonan anugerah pelajar
  • Memantau kedatangan dan kesahihan pengeluaran sijil dalam penyertaan Aktiviti Kokurikulum Bukan Akademik
  • Menyediakan calon penerima "Anugerah Cemerlang Sahsiah Diri" dalam Majlis Anugerah Ketua Jabatan (AKJ)
  • Menyediakan landasan penyelidikan dan kajian dari aspek pembangunan sahsiah diri pelajar untuk semua PHEP

TRANSFORMASI PROGRAM/AKTIVITI PELAJAR DI BAWAH PENYELARASAN JHEPP BERMULA SESI DIS 2010

Assalamualaikum, Selamat Sejahtera dan Salam 1 Malaysia,

Kepada semua KJ,KU,KP,Penasihat Akademik,Semua Pensyarah dan Staf Sokongan di Jabatan/Unit PMM,

Adalah dimaklumkan Buku Log Aktiviti Pelajar(BLAP)telah mula diedarkan kepada pelajar PMM untuk digunapakai bermula semester Dis 2010 ini. Sebaran kepada semua staf ini bertujuan untuk kita sama-sama mengetahui bahawa:

1) bahawa Buku Log Aktiviti Pelajar (BLAP) telah mula diedarkan kepada pelajar.

2) Perkembangan tentang BLAP pelajar setakat ini adalah seperti berikut :
   a) Pada 1/12/2010 - BLAP ditaklimatkan oleh KJHEP kepada semua pelajar baru Sesi Dis 2010 semasa Slot Bersama JHEPP dalam MSK
   b) Pada 5/11/2010 - BLAP mula diedarkan kepada semua PHEP, Pegawai Kebajikan Jabatan dan Penasihat Biro JPP sebagai rujukan pelajar
   c) Pada 8/11/2010 - BLAP akan diedarkan kepada semua pelajar semester 1
   d) Minggu Ke-2 dan Ke-3 - BLAP akan diedarkan kepada pelajar senior

3) Supaya semua pihak mengetahui tentang kandungan BLAP (Bahagian 1-6, Semua Lampiran 1-7 dan Carta Alir Proses BLAP 1-4)yang mungkin  akan dapat membantu keberkesanan pelaksanaan BLAP secara langsung (PHEP K&D, Penyelaras JPP, Semua Pemilik Program, Semua Pegawai  Kebajikan Jabatan, Semua Pensyarah dan Semua Penasihat Akademik) atau tidak langsung kepada semua pelajar.

4) Supaya menjadi bahan rujukan berguna bagi membincangkan hal-hal Aktiviti Kokurikulum Bukan Akademik (AKBA)  anjuran JHEPP, Jabatan  
   Akademik, Akademik Sokongan dan Semua Unit di PMM.

SEBARAN KALI KEDUA INFO BUKU LOG AKTIVITI PELAJAR(BLAP) TRANSFORMASI PROGRAM/AKTIVITI PELAJAR DI BAWAH PENYELARASAN JHEPP BERMULA SESI DIS 2010

Assalamualaikum, Selamat Sejahtera dan Salam 1 Malaysia,
Kepada semua KJ,KU,KP,Penasihat Akademik,Semua Pensyarah dan Staf Sokongan di Jabatan/Unit PMM,

Sekali lagi dimaklumkan Buku Log Aktiviti Pelajar(BLAP)adalah dokumen untuk menilai aktiviti koku bukan akademik  bermula semester Dis 2010 ini.

Sebaran kali kedua ini adalah bertujuan untuk kita sama-sama merujuk extract BLAP yang di lampirkan.

Sila rujuk Bahagian 1-6, Lampiran 1-7 dan Carta Alir Proses BLAP 1-4

Khusus kepada tuan/puan yang telah menjadi PEMILIK PROGRAM maklumat ini akan membantu tuan/puan dalam keberkesanan penggunaan BLAP secara praktikal kepada semua pelajar.

Program-program yang boleh menyumbang mata merit pelajar setakat hari ini:
1) Kem Wajadiri 2010 - Urusetia MSK/Briged Bencana
2) Pelancaran Briged Bencana - Urusetia MSK/Briged Bencana
3) Taklimat Pendaftaran & MSK - Urusetia MSK/Briged Bencana
4) Pembangunan Takwim JPP - Bekas JPP/Briged Bencana
5) Majis Penghargaan JPP - Bekas JPP
6) Misi Bantuan Banjir di POLIMAS - Bekas JPP/Briged Bencana
7) Hari Pendaftaran
8) Minggu Suaikenal
9) Program Penyesuaian Diri pelajar Semester 1 (Unit Psikologi & Kerjaya)
10) Jemputan Ke Pelancaran Program Pendidikan Pencegahan dan Pelupusan Barang Kes anjuran KDN
11) Program Wacana 1 Malaysia anjuran bersama JHEPP, PMM dan IKSEP, Melaka

Pemilik Program di atas perlu mengambil kehadiran, sahkan senarai kehadiran sebenar program dan serahkan senarai tersebut kepada pihak yang sewajarnya. (Rujuk Catalir Proses BLAP bagi setiap program di atas)

KJHEPP