Selamat Datang Ke Pusat Data Rasmi Politeknik Merlimau Melaka

Font Size

SCREEN

Profile

Tetapan
 
 
 
 

Pengurusan Risiko

E-mel Cetak
User Rating:  / 4
PoorBest 

PENGENALAN

Risiko boleh didefinisikan sebagai kemungkinan sesuatu peristiwa atau aktiviti yang memberi kesan kepada organisasi, kesan sama ada negatif atau positif kepada pencapaian objektif organisasi atau hasil terakhir (outcomes) organisasi. Manakala pengurusan risiko pula didefinisikan sebagai penyelarasan aktiviti organisasi secara bersepadu melalui penetapan hala tuju dan kawalan dalam menghadapi risiko.
 
Secara keseluruhannya, Pengurusan Risiko adalah satu proses yang sistematik, proaktif dan berterusan untuk mengenalpasti, menilai, mengurus, menyelia dan menyampaikan isu-isu risiko dari perspektif organisasi yang luas, yang membawa kepada keputusan strategik mengawal yang lebih baik bagi menyumbang kepada pencapaian objektif keseluruhan organisasi.
 
Risiko boleh datang dari ketidak tentuan dalam pasaran kewangan, kegagalan projek (pada sebarang fasa reka bentuk, pembangunan, penghasilan, atau pengekalan kitaran hayat), liabiliti perundangan, risiko kredit, kemalangan, takdir (kejadian alam dan malapetaka) termasuk juga serangan sengaja dari musuh, atau peristiwa yang tidak pasti atau punca tidak dijangka.
 
Menurut piawaian ISO 31000: "Pengurusan Risiko – Prinsip dan garis panduan bagi perlaksanaan", proses pengurusan risiko terdiri dari beberapa langkah iaitu penetapan konteks risiko, mengenalpasti potensi risiko dan penilaian terhadap risiko atau kemungkinan untuk berlaku.
 
Strategi bagi menguruskan risiko biasanya termasuk memindahkan risiko tersebut pada pihak lain, mengelak risiko, mengurangkan kesan negatif kemungkinan risiko, malah menerima sebahagian atau keseluruhan kemungkinan atau akibat sebenar sesuatu risiko tertentu.

Pengurusan Risiko Sektor Awam 2017. KLIK SINI

 
Pengurusan Risiko PMM (e-RISK PMM). KLIK SINI :https://docs.google.com/spreadsheets/d/10Ue6I2mvCTHZNiB3NpnFG-UG2a9OMxNc0P3Kskk1EWA/edit?usp=sharing