Selamat Datang Ke Pusat Data Rasmi Politeknik Merlimau Melaka

Font Size

SCREEN

Profile

Tetapan
 
 
 
 
Artikel

BRIGED BENCANA POLITEKNIK MERLIMAU

E-mel Cetak
User Rating:  / 5
PoorBest 

PENGENALAN

Briged Bencana PMM telah diilhamkan penubuhannya di PMM, oleh Pengarah PMM, Dr Arshad Bin Kassim sendiri bagi mewujudkan sebuah platform bagi melaksanakan Program Khidmat Bakti Komuniti untuk kerja amal oleh warga PMM sekiranya berlaku bencana dan keadaan-keadaan kritikal lain seumpamanya yang memerlukan keprihatinan warga IPT amnya dan warga PMM khasnya yang akan bertindak untuk menghulurkan bantuan kecemasan mangsa bencana mengikut kemampuan dan peruntukan kewangan semasa. Penubuhan briged ini juga telah pernah disarankan oleh Majlis Sukarelawan Universiti Se-Malaysia (MASKUM) suatu masa dahulu dengan komitmen  semua IPT perlu menubuhkan Briged Bantuan Bencana di peringkat IPT masing-masing.

OBJEKTIF

Objektif Am BBP adalah untuk memberikan BANTUAN FIZIKAL DAN SOSIAL yang diperlukan oleh mangsa bencana.

Objektif Khusus BBP adalah untuk :

- Menjalankan gotong-royong dalam pembersihan persekitaran kawasan bencana
- Menyediakan bantuan pembaikan kediaman dan persekitaran kawasan bencana
- Menganjurkan sumbangan kutipan tunai khairat / bantuan kepada mangsa bencana
- Menganjurkan pengumpulan dan agihan pakaian terpakai keperluan mangsa bencana
- Menjalankan program susulan bagi membina semangat dan kerjasama dengan komuniti


DIKEMUKAKAN OLEH
BBP telah dicadangakan penubuhannya oleh JK Penasihat Pelajar berikut:

1. KJHEP, PMM
2. PHEP (K & D)
3. Pegawai Kebajikan PMM

PELANCARAN

Briged Bencana PMM ini akan dilancarkan pada 26/11/2010 di Anjung Tasik bersempena dengan Proram Kederan Bencana Peringkat Negeri Melaka yang telah dianjurkan oleh pihak Kerajaan Negeri Melaka pada 28-30 Oktober 2010 yang lalu.  

JAWATANKUASA BRIGED BENCANA
-Penaung BBP , Pengarah PMM, Dr Arshad B Kassim
-JK Penasihat BBP : KJHEP, PMM, PHEP (K & D) dan Pegawai Kebajikan PMM
-JK Sukarelawan Staf (terdiri daripada 15 orang staf)
-JK Sukarelawan Pelajar (terdiri daripada 40 orang pelajar)
-Wakil-wakil komuniti berkaitan yang akan dihubungi sebelum program amal dijalankan


BANTUAN FIZIKAL DAN SOSIAL

Gotong-royong menjalankan kerjasama dalam pembersihan persekitaran kawasan
Bantuan pembaikan kediaman dan persekitaran kawasan
Menganjurkan sumbangan kutipan tunai
Menganjurkan pengumpulan dan agihan pakaian terpakai
Mendapatkan bantuan dengan kerjasama pihak yang boleh memberi perkhidmatan perubatan dan psikologi