Selamat Datang Ke Pusat Data Rasmi Politeknik Merlimau Melaka

Font Size

SCREEN

Profile

Tetapan
 
 
 
 
Artikel

KELAB SUKAN DAN KEBAJIKAN POLITEKNIK MERLIMAU MELAKA

E-mel Cetak
User Rating:  / 9
PoorBest 

1.0 PENGENALAN

Kelab Sukan dan Kebajikan Politeknik Merlimau Melaka atau dikenali sebagai KSKPMM telah didaftarkan secara rasminya di bawah Lembaga Pendaftar Pertubuhan Malaysia pada 06 hb Ogos 2005. KSKPMM ditubuhkan untuk mendokong konsep semua staf PMM sebagai ahli dan bekerjasama menjayakan pelbagai aktiviti demi faedah dan kebaikan bersama. Aktiviti yang boleh dijalankan termasuk berbentuk sukan, kebajikan dan ekonomi melibatkan komitmen sukarela semua ahli secara tolong-menolong dan hormat-menghormati antara satu sama lain.

Operasi KSKPMM diasaskan oleh sepasukan founder members pada 2003 atas nama Kelab Staf PMM diterajui oleh En Zainudin Bin Abu. Kepimpinan itu kemudiannya diteruskan oleh En Zaini Bin Mohd Miswan bersama JK Penaja atas nama KSKPMM sehingga didaftarkan dengan Lembaga Pendaftar Pertubuhan Malaysia pada tahun 2005. Mesyuarat Agung Pertama KSKPMM berjaya dilaksanakan pada 31 April 2005 dan telah melantik En Mohd. Ariffin Bin Aman bersama sebarisan JK Baru 2006/2007 untuk meneruskan aktiviti KSKPMM. Kini KSKPMM telah dapat melaksanakan beberapa aktiviti yang dirancangkan untuk manfaat semua ahlinya melalui penyelarasan 6 orang Ketua Penyelaras melibatkan aktiviti Keusahawanan, Kerohanian, Penerbitan, Sukan dan Riadah dan Hubungan Luar. Ketua Penyelaras Logistik dan Teknikal memberi sokongan terhadap segala keperluan aktiviti yang dilaksanakan.

2.0 MATLAMAT

    KSKPMM bergerak untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada semua ahli sejajar dengan pembangunan diri staf dari aspek sukan dan kebajikan seluruh staf PMM. Antara matlamat penubuhan KSKPMM ialah untuk :

 

    *      Mengeratkan hubungan silaturrahim, semangat muhibbah, kerjasama dan persefahaman sesama ahli
    *      Menggalak, menyelaras, mencungkil bakat-bakat baru dan menjalankan aktiviti sukan seperti bolasepak, badminton, bola jaring, bola tampar,             ping pong dan lain-lain lagi
    *      Menggalakkan ahli-ahli sentiasa aktif dan bergerak ke arah kehidupan yang sempurna berdasarkan kehormatan diri, berdisiplin dan sifat-sifat             berdikari.
    *      Memimpin dan berusaha mendorong ahli-ahli memberi khidmat berkualiti dengan penuh tanggungjawab dan keikhlasan
    *      Menggalakkan aktiviti sosial yang bermanfaat kepada ahli dan organisasi
    *      Menjalankan kutipan derma daripada ahli dan bukan ahli serta menerima sumbangan bagi membiayai matlamat pertubuhan dengan kebenaran             pihak berkuasa berkaitan dan Pendaftar Pertubuhan
    *      Menjalankan aktiviti ekonomi secara sah atas nama pertubuhan untuk tujuan melanjutkan, memajukan dan menjalankan aktiviti dan tidak             digunakan bagi membayar faedah, keuntungan atau bonus kepada sebarang ahli
    *      Mengadakan kerjasama dan bergabung dengan sebarang Kelab atau mana-mana Pertubuhan berdaftar yang mempunyai tujuan yang sama

3.0 VISI

- KSKPMM berhasrat untuk menjadi sebuah pertubuhan sukan dan kebajikan staf yang cemerlang

4.0 MISI

- KSKPMM ditubuhkan untuk memberikan perkhidmatan terbaik dari aspek sukan dan kebajikan, berstatus kewangan kukuh dan mampu menunaikan segala tanggungjawab sosial kepada pembangunan diri seluruh ahlinya.

5.0 DISKRIPSI LOGO KSKPMM

Logo KSKPMM berbentuk grafik huruf K, S, K di dalam sebuah segi lapan bersisi sama. Grafik huruf K , S , K berwarna kuning mewakili perkataan awalan Kelab Sukan dan Kebajikan. Nama KSKPMM yang mengelilingi bentuk segi lapan berwarna merah melambangkan keazaman dan kesungguhan ahli merealisasikan tujuan/matlamat. Bentuk Segi Lapan Bersisi Sama melambangkan tujuan/matlamat yang sama penting antara satu sama lain. Warna biru melambangkan silaturrahim, kerjasama erat dan semangat muhibbah antara ahli berbilang bangsa dan agama, berbagai peringkat jawatan dalam organisasi. Warna kuning melambangkan keunggulan kelab dan keceriaan ahlinya. Warna merah melambangkan keazaman tinggi ahli yang sentiasa inginkan kejayaan bagi meningkatkan diri dan imej kelab dan organisasi kita iaitu Politeknik Merlimau Melaka.

6.0 PRINSIP DAN PERANAN

6.1 PERANAN KELAB

KSKPMM berperanan melaksanakan aktiviti berkaitan sukan, kebajikan dan ekonomi bagi memenuhi keperluan sosial ahlinya. Ahli KSKPMM terlibat dengan perjalanan kelab mengikut Akta, Peraturan dan Undang-undang Kecil Pertubuhan. Setiap ahli bertanggungjawab membayar yuran bulanan/tahunan. KSKPMM akan sentiasa mengutamakan kebajikan ahli terlebih dahulu dalam menjalankan aktivitinya.

Antara peranan KSKPMM ialah :

    *      Mewujudkan aktiviti mengeratkan silaturrahim di kalangan ahli
    *      Mencungkil bakat baru dalam aktiviti sukan atau kebajikan
    *      Menggalakkan ahli supaya aktif, hormat-menghormati, berdisiplin dan berdikari
    *      Mendorong ahli memberi khidmat berkualiti dan bertanggungjawab
    *      Menjalankan aktiviti sosial yang memanfaatkan semua ahli
    *      Menjalankan kutipan derma/menerima-memberi sumbangan bagi mencapai tujuan/matlamat KSKPMM
    *      Menjalankan aktiviti ekonomi yang sah atas nama pertubuhan dengan kebenaran
    *      jalinan kerjasama dengan Kelab atau mana-mana Pertubuhan dan Agensi

6.2 PRINSIP AMALAN KELAB

   1.      Keahlian diwajibkan kepada semua staf PMM
   2.      Setiap ahli terikat dengan Akta, Peraturan dan Undang-undang Kecil Pertubuhan
   3.      Pilihan AJK secara demokratik melalui Mesyuarat Agung
   4.      Ahli komited secara sukarela melaksanakan aktiviti
   5.      Aktivit berunsur pendidikan, latihan dan sebaran maklumat dan menguntungkan ahli, kelab dan organisasi
   6.      Bekerjasama dalam menjayakan setiap aktiviti
   7.      Kelab bekerjasama dengan badan lain secara menang-menang
   8.      Prihatin terhadap keperluan sosial ahli

6.3 PERANAN AHLI/JK

    *      Ahli menyumbangkan yuran bulanan/ tahunan
    *      Ahli berhak memilih AJK dalam mesyuarat agung
    *      Ahli perlu mengikuti perkembangan semasa kelab
    *      JK merancang / melaksanakan aktiviti/ program
    *      JK menyelaraskan perancangan / pelaksanaan aktiviti

6.4 FALSAFAH

- Hati gajah sama di lapah, hati kuman sama dicicah”

- Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat”

6.5 PERKARA YANG PERLU DIELAKKAN

   1.      Kelab menjalankan aktiviti yang memecah-belahkan hubungan ahliKelab bertindak sebagai badan politik
   2.      Kelab bertindak sebagai "Kesatuan Sekerja" (Trade Union) iaitu memperjuangkan hak-hak dari majikan
   3.      Kelab bertindak sebagai syarikat perniagaan persendirian/swasta yang hanya memikirkan keuntungan semata-mata dalam aktiviti ekonomi
   4.      Kelab bertindak sebagai koperasi iaitu membayar faedah, keuntungan atau bonus kepada sebarang ahli