Selamat Datang Ke Laman Web Rasmi Politeknik Merlimau Melaka

Font Size

SCREEN

Profile

Tetapan
 
 
 
 
Artikel

Kemudahan

E-mel Cetak
User Rating:  / 18
PoorBest 

 

Pelbagai kemudahan yang boleh didapati di Politeknik Merlimau. Kemudahan ini disediakan bagi menampung keperluan pelajar-pelajar yang memerlukan persekitaran yang kondusif dan selesa di dalam proses pembelajaran.

(1) Kawasan Tempat Meletak Kenderaan.
Terdapat tempat meletak kenderaan seperti kereta dan motosikal yang luas

(2) Pengangkutan
Terdapat 2 buah bas dan 1 koster digunakan untuk kegunaan kakitangan dan pelajar

(3) Bilik Kuliah
Politeknik Merlimau dilengkapi dengan bilik kuliah bagi para pelajar melakukan aktiviti pembelajaran bersama pensyarah. Semua bilik kuliah dilengkapi dengan alat penghawa dingin. Suasana yang nyaman akan memberi ketenangan kepada para pelajar dalam menimba ilmu yang disampaikan oleh para pensyarah.

(4) Tempat Beribadat - Surau
Politeknik Merlimau ada menyediakan kemudahan surau untuk pelajar perempuan dan pelajar lelaki. Surau ini disediakan untuk para pelajar beribadah. Surau ini dilengkapi dengan peralatan dan pakaian ibadah.

(5) Makmal Komputer
Politeknik Merlimau dilengkapi ddengan kemudahan Makmal Komputer. Terdapat tiga (3) buah makmal komputer iaitu Makmal Multimedia, Makmal Am dan Makmal Komunikasi. Makmal ini dilengkapi dengan kemudahan internet dan boleh menempatkan 30 orang pelajar. Suasana makmal yang kondusif dan mempunyai alat penghawa dingin memberi keselesaan kepada para pelajar untuk menimba ilmu.

(6) Mini Perpustakaan
Politeknik Merlimau dilengkapi dengan Perpustakaan. Pelbagai koleksi buku, risalah, majalah dan lain-lain lagi terdapat di dalam perpustakaan ini. Di dalam Mini Perpustakaan ini disediakan ruang untuk para pelajar belajar. Mini Perpustakaan ini mempunyai kelengkapan alat penghawa dingin. Ia amat selesa untuk para pelajar mengisi masa lapang dengan membaca buku di sini

(7) Dewan Terbuka - Balai Rung
Pelbagai aktiviti pelajar boleh dilakukan di Dewan Terbuka ini. Ia memberi keselesaan kepada pelajar-pelajar. Tempat ini juga dijadikan tempat berehat dan melakukan perbincangan oleh pelajar-pelajar kerana dilengkapi dengan kerusi dan meja serta dilengkapi dengan kipas dinding.

(8) Wifi
Pelajar-pelajar boleh melayari internet menerusi wifi yang dipasang di Politeknik ini. Penggunaan Wifi ini terbuka kepada semua pelajar dan perlu didaftarkan terlebih dahulu di Unit ICT,Politeknik Merlimau. Selain itu, penggunaan Wifi ini adalah mengikut hari dan masa yang telah ditentukan oleh Unit ICT.

(9) Asrama dan Rumah Sewa

Politeknik Merlimau menyediakan asrama untuk pelajar-pelajar perempuan. Asrama tersebut berdekatan dengan kampus Politeknik Merlimau. Asrama ini dapat memberi keselesaan kepada para pelajar. Manakala kemudahan penginapan pelajar lelaki pula adalah menyewa rumah sewa berdekatan dengan kampus Politeknik Merlimau. Pihak Politeknik Merlimau membantu pelajar-pelajar mencari rumah sewa tersebut bagi menjamin keselesaan pelajar-pelajar ini menimba ilmu.