PENGENALAN Perkhidmatan perpustakaan mula dibuka sejak penubuhan Politeknik Merlimau pada tahun 2002 dan menduduki bangunan dua tingkat di Blok B (bersebelahan bangunan pentadbiran) dengan keluasan 3,600 meter persegi. Jumlah kapasiti pengguna adalah seramai 400 orang. Perpustakaan dilengkapi kemudahan seperti Ruang Pembaca, Bilik Perbincangan, Kemudahan Komputer dan Multimedia, Bilik Simpanan Beg serta sumber rujukan bagi aktiviti rujukan, mengulangkaji dan pembacaan.
Visi Menjadi pusat kecemerlangan maklumat dan rujukan serta menyokong Politeknik Merlimau Melaka untuk melahirkan tenaga kerja separa profesional yang berilmu.
Misi Memastikan pengguna perpustakaan dapat menikmati kemudahan dan perkhidmatan perpustakaan dengan berkesan serta berupaya mencapai dan menggunakan ilmu melalui prasarana perpustakaan secara optima.
Perkhidmatan Perkhidmatan Perpustakaan Politeknik Merlimau, Melaka meliputi Perkhidmatan Pinjaman & Rujukan, Penasihat Pembaca, Pendidikan Pengguna, Perkhidmatan Komputer & Multimedia, Perkhidmatan Sistem Pembekalan Penerbitan (SPP) serta Pinjaman Berkelompok.
Carta Organisasi Lihat carta organisasi Unit Perpustakaan Politeknik Merlimau di sini.
Keahlian Keahlian perpustakaan adalah dibuka kepada semua pelajar, pensyarah dan staf Politeknik Merlimau Melaka.
Kelayakan meminjam bahan bagi pelajar adalah sebanyak 4 naskah buku selama 2 minggu manakala pensyarah/staf pula boleh meminjam sebanyak 6 naskah buku selama 4 minggu. Denda lewat pemulangan buku adalah sepuluh sen sehari. Pembaharuan pinjaman boleh dibuat satu kali sahaja selama 2 minggu.
Urusan Kaunter Urusan lewat pemulangan/kehilangan buku adalah sebelum jam 3.00 petang sahaja setiap hari. Ini bertujuan melancarkan urusan pembayaran di kaunter Unit Kewangan. Harap maklum dan terima kasih.
Waktu Perkhidmatan
Isnin – Jumaat
|
:
|
9.00 pagi – 6.00 petang
|
Cuti Semester
|
:
|
9.00 pagi – 4.30 petang
|
Tutup
|
:
|
Sabtu, Ahad Dan Cuti Pelepasan Am
|
|