PENENTUAN GEOSPATIAL TAPAK PELUPUSAN SISA PEPEJAL DAN KESAN TERHADAP ALAM SEKITAR DI NEGERI JOHOR
Download
- Description:
-
Pertambahan penduduk, proses pembandaran dan perindustrian yang pesat menyebabkan bertambahnya sisa pepejal yang dijana oleh masyarakat. Pengurusan sisa pepejal merupakan antara masalah utama yang dihadapi oleh masyarakat terutama di bandar. Kuantiti sisa pepejal khususnya sampah domestik perlu dikurangkan bagi mengurangkan perbelanjaan kerajaan. Teknik pelupusan sampah yang paling banyak dipraktikkan di negara ini adalah kaedah
pembuangan terbuka yang membawa banyak impak negatif kepada persekitaran.Perkara yang diberi tumpuan adalah berkenaan dengan impak daripada sistem ini. Seperti mana yang dimaklumi, tapak pelupusan akan mengeluarkan produk akhir iaitu kurasan yang dilepaskan samada ke sungai atau ke dalam bumi. Selain itu gas - gas bahaya serta pencemaran bau juga adalah masalah biasa bagi tapak pelupusan. Untuk itu disertasi ini
akan memberi tumpuan kepada kualiti kurasan yang dikeluarkan dan juga kesan ke atas kehidupan dan kegiatan penduduk setempat. ''Geographical Information System' dapat menganalisis data kutipan sisa pepejal dan kesan pencemaran tempat pelupusan. Data yang digunakan dalam kajian ini diperolehi daripada Syarikat SWCorp Johor merangkumi tempat pelupusan negeri Johor.Melalui kajian ini diharapkan dapat membantu pemahaman dan pengkajian yang lebih mendalam pada masa hadapan bagi mencapai kehidupan yang lebih selesa.Â
MUHAMMAD AIMAN BIN ZULKIFLI
MUHAMMAD FAKHRI BIN KAMRUDIN
NURATIQAH DALILA BINTI ANUAR
Â
Â
- Submitted By:
- Md Nor Sirat (webmaster)
- Submitted On:
- 27 Feb 2020
- Filesize:
- 9.44 Kb
- Downloads:
- 15
- File Version:
- JKA
- File Author:
- HAJAH ZURAINI BINTI BASARUDIN
- File HomePage:
- Click to view
- Submitted On:
- 27 Feb 2020
- Rating:
-
Be the first to comment! Please sign in or register.