Skim Pembiayaan Pendidikan PTPTN diwujudkan bertujuan untuk memberi pembiayaan pinjaman pendidikan kepada pelajar yang mengikuti pengajian di Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) tempatan. Pembiayaan ini akan membolehkan pelajar membiayai sepenuh atau sebahagian yuran pengajian dan juga kos sara hidup di sepanjang tempoh pengajian mereka di IPT. Sekaligus, skim ini membuka lebih banyak peluang kepada semua golongan pelajar untuk melanjutkan pelajaran di peringkat pendidikan tinggi.
Skop penyediaan kemudahan pembiayaan pendidikan PTPTN adalah terbuka kepada pelajar-pelajar yang mengikuti program pengajian pada peringkat Diploma, Ijazah Pertama, Sarjana, Doktor Falsafah dan Kursus Profesional di IPT yang ditubuhkan di bawah Akta berikut:
- Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971.
- Akta Institut Teknologi MARA 1976.
- Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 1996.
- Akta Pendidikan 1996.
Mulai 1 Mac 2007, pelajar-pelajar yang mengikuti pengajian secara jarak jauh atau separuh masa di Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA) bagi peringkat Diploma, Ijazah Pertama, Sarjana, Doktor Falsafah dan Kursus Profesional layak mendapat pinjaman pendidikan PTPTN. Jumlah pembiayaan hanyalah untuk membiayai yuran pengajian yang ditetapkan oleh IPTA dan tidak melebihi jumlah maksima seperti mana yang dinyatakan dalam Pekeliling PTPTN Bilangan 2 Tahun 2007.
Mulai 1 Januari 2012, para pelajar yang ingin memohon pembiayaan pendidikan PTPTN bagi membiayai pengajian mereka di Politeknik, IPTA atau IPTS adalah DIWAJIBKAN untuk mempunyai akaun SSPN dengan simpanan minimum sebanyak RM20.00
Sehubungan itu, para pelajar digalakkan membuka akaun SSPN di Maybank dan Bank Islam Malaysia Berhad bagi memudahkan dan mempercepatkan urusan pembukaan akaun. Baki akaun SSPN boleh disemak terus/ keesokan hari di laman web PTPTN bagi pembukaan akaun di Maybank manakala keesokan hari bagi pembukaan akaun di Bank Islam Malaysia Berhad
Bagi Pelajar Politeknik, pemohon pembiayaan perlu ada akaun Bank Islam dan pemohon dinasihati agar mengemaskini akaun Bank Islam sebelum memohon.
Pelajar layak memohon pembiayaan pendidikan sekiranya memenuhi kelayakan berikut:
a. Warganegara Malaysia;
b. Berumur tidak melebihi 45 tahun pada tarikh memohon;
c. Lulus SPM dengan sekurang-kurangnya 3 kepujian dalam mana-mana mata pelajaran;atau
d. Lulus SPM dan memperolehi CGPA 3.0 ke atas untuk pelajar lepasan sijil kolej komuniti yang mendapat tawaran pengajian ke peringkat diploma politeknik;
e. Bagi pelajar-pelajar IPTA/ IPTS/ Politeknik, kursus yang diikuti mestilah mendapat kelulusan pendaftaran daripada Jabatan Pengurusan IPT (IPTA/ IPTS)/ Jabatan Pengajian Politeknik, Kementerian Pengajian Tinggi;
f. Bagi pelajar-pelajar IPTS, kursus yang diikuti mestilah mendapat Sijil Perakuan Akreditasi daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan belum tamat tempoh sah laku semasa permohonan dikemukakan.
g. Bagi pelajar yang mempunyai kelayakan yang berbeza daripada yang disyaratkan di perenggan (e) dan (f), pengesahan bahawa kelayakan tersebut setaraf dengan kelayakan yang disyaratkan hendaklah diperolehi daripada jabatan atau agensi sebagaimana dinyatakan;
h. Baki tempoh pengajian semasa membuat permohonan hendaklah tidak kurang dari satu (1) tahun; dan
i. Tiada penaja lain.
j. Pelajar perlu mempunyai akaun simpanan SSPN sebelum membuat permohonan
Untuk maklumat lanjut boleh melayari laman web PTPTN atau hubungi hotline PTPTN di talian 03-20984455.
SENARAI PENAJA PINJAMAN/BIASISWA PELAJAR |
|||
|
NAMA PENAJA |
ALAMAT PENUH |
JUMLAH TAJAAN (RM) |
1 |
Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (DIPLOMA) |
Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia, Bahagian Latihan, Arad 4-6, Blok C1,Parcel C, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62510 W.P.Putrajaya, Malaysia Tel : 03- 88853000 |
5000 /setahun Biasiswa |
2 |
Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) (DIPLOMA/ INTEGRASI) |
PTPTN, Lot G2, Tingkat Bawah, Wisma Chase Perdana, Off Jalan Semantan, Damansara Heights, 50490 Kuala Lumpur Tel : 03-2098 3805/ |
5000/ setahun Pinjaman |
3 |
Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia |
Bahagian Biasiswa, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia, Menara PJH, Presint 2, 62100 W.P.Putrajaya Tel: 03-8884 4697 |
3000/ setahun Pinjaman |
4 |
Kuok Foundation Berhad |
Pengurus Kuok Foundation Berhad Tingkat 14, Wisma Jerneh 38 Jalan Sultan Ismail 50250 Kuala Lumpur |
5000 /setahun Biasiswa |
5 |
Lembaga Biasiswa Negeri Kedah |
Setiausaha Lembaga Biasiswa Negeri Kedah Wisma Darul Aman 05503 Alor Setar ,Kedah Darul Aman Tel: 04-7301957 |
|
6 |
Yayasan Kelantan Darul Naim |
Pengurus Yayasan Kelantan Darul Naim Tingkat 5, Kompleks Yakin, Jalan Gajah Mati, 15000 Kota Bharu, Kelantan Tel: 09- 7446127/7483213/3870 |
|
7 |
Kerajaan Negeri Selangor |
Setiausaha, Lembaga Pengamanah Kumpulan Wang Biasiswa Negeri Selangor, Tingkat 3 Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, 40503 Shah Alam Tel:03-5447470/80/71/67/78 |
|
8 |
Yayasan Selangor |
Pengurus Besar Yayasan Selangor, Menara Yayasan Selangor No.1a, Jln Persiaran Barat Off Jalan Timur 46000 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan Tel:03-7551212/7541087 |
|
9 |
Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan |
Setiausaha, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan, Bangunan Perak Darul Ridzuan , Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab 30000 Ipoh, Perak Tel : 05-2531957 |
|
10 |
Yayasan Perak |
Pengurus Pentadbiran Yayasan Perak, Tingkat 1 Wisma Yayasan Perak, No.111, Jalan Sultan Idris Shah, 30000 Ipoh, Perak Darul Ridzuan Tel : 05-2552929 |
|
11 |
Yayasan Negeri Sembilan |
Tingkat 11, Bangunan Yayasan Negeri Sembilan, Jalan Yam Tuan, 70000 Seremban, Negeri Sembilan Tel: 06-7628046 |
|
12 |
Kerajaan Negeri Pulau Pinang |
Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Paras 3, Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) 10503 Pulau Pinang. Tel : 04-2621957 |
|
13 |
Yayasan Terengganu |
Pengurus, Yayasan Terangganu, Bangunan Yayasan Jalan Sultan Ismail, 20200 Kuala Terengganu, Terengganu Tel: 09-6221733 |
|
14 |
Yayasan Pahang |
Pengarah, Yayasan Pahang, Tingkat 17, Kompleks Teruntum, Jalan Mahkota 25000 Kuantan, Pahang Tel:09-5181800 |
|
15 |
Yayasan Pelajaran Johor |
Pengurus Besar, Yayasan Pelajaran Johor, No. 12, Bangunan YPJ, Jalan Nuri Larkin Jaya, Karung Berkunci 711 , 80990 Johor Bahru, Johor Tel : 07-2344355 |
|
16 |
Golden Hope Plantations Berhad |
Pengurus, Tingkat 9-16 & 19-20,, Menara PNB 201A Jalan Tun Abdul Razak, 50400 Kuala Lumpur. Tel:03-21619022 |
|
17 |
JHEOA |
Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Orang Asli Malaysia (Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah) Tingkat 10,20 & 20M, West Block, Wisma Selangor Dredging, 142-C, Jalan Ampang, 50450 Kuala Lumpur Tel:03-21610577 |
|
18 |
Yayasan Sarawak |
Pengarah, Yayasan Sarawak, Tingkat 9 & 10, Wisma Satok, Jalan Satok, Peti Surat 3281, 93764 Kuching Sarawak. |
|
19 |
Tabung Amanah Pendidikan Negeri Melaka (TAPNM) |
Tabung Amanah Pendidikan Negeri Melaka, Jabatan Ketua Menteri Melaka Blok Laksamana,, Aras 3 Seri Negeri, 75450 Ayer Keroh Melaka |