Kursus Diploma Secara Sambilan yang ditawarkan di Politeknik Merlimau, Melaka membolehkan lulusan sijil Politeknik Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM/KPTM) terus bekerja sambil belajar untuk meningkatkan pengetahuan dan kelayakan akademik melalui konsep "Learn As You Earn".
Diploma yang bakal dianugerahkan adalah setara / setaraf dengan Diploma Sepenuh masa jurusan yang sama .Sukatan pelajaran yang digunapakai telah diluluskan oleh Lembaga Kurikulum di peringkat KPTM adalah sukatan pelajaran yang sama bagi pelajar sepenuh jurusan berkenaan. Sukatan pelajaran ini digubal dan dikaji dari masa ke semasa oleh pakar-pakar dalam bidang berkenaan bagi memastikannya sesuai dan mampu melahirkan bakal pembantu jurutera yang kompeten dan berketrampilan sejajar dengan pembangunan negara.
Seterusnya, dengan kelayakan diploma ini juga membolehkan anda berpeluang untuk meneruskan pengajian kepringkat yang lebih tinggi di universiti-universiti tempatan dan luar negara.
2.0 KELAYAKAN
Calon-calon hendaklah memenuhi syarat-syarat berikut:
1. Warganegara Malaysia
2. Memiliki Sijil Politeknik KPM/KPTM dalam bidang berkaitan memperolehi HPNM - 2.00 pada semester akhir
3.0 KURSUS-KURSUS YANG DITAWARKAN.
KURSUS | LULUSAN |
Dip. Kej. Elektronik (DKE) | Sijil Kej Elektrik dan Elektronik (SKE)Sijil Kej Elektronik Perhubungan (SEP)Sijil Kej Elektrik Kuasa (SEK)Sijil Kej. Eelektrnik (Komputer) (STK) |
Dip Kej. Awam(DKA) | Sijil Kej. AwamSijil Kej. Awam(Pembinaan)Sijil Kej. Awam(Kerjaraya dan Kaji Air)Sijil Kej. Awam(Lebuhraya) |
Diploma Kejuruteraan Mekanikal (DKM) | Sijil Kejuruteraan Mekanikal (SKM) |
4.0 TEMPOH DAN MASA KURSUS
Kursus akan dijalankan selama 4- 6 semester dan dilaksanakan pada sebelah petang Sabtu
dan hujung minggu.
Sabtu: 2.00ptg - 5 ptg
Ahad: 8.00pagi- 6ptg
5.0 STRUKTUR DAN SISTEM PENILAIAN
Struktur dan sistem penilaian adalah sama seperti kursus diploma sepenuh masa. Penilaian Berterusan 50% dan Peperiksaan Akhir 50%. Penilaian berterusan merangkumi kuiz, ujian, tugasan dan amali makmal.
6.0 MAKLUMAT TAMBAHAN
Pelajar-pelajar Kursus Secara Sambilan juga berpeluang menggunakan semua kemudahan sediada di PMM seperti pelajar sepenuh masa termasuk Perpustakaan, penggunaan Bilik Komputer , penggunaan Pusat Islam dan padang permainan.
Sebarang pertanyaan bagi program ini , sila hubungi:
1. En. Zainol Bin Othman (Tel : 06-2636687 ext : 2055)
7.0 BORANG PERMOHONAN KSS
Borang Permohonan kemasukan boleh dimuat turun. Borang yang telah dilengkapkan perlu dihantar ke alamat yang tertera pada borang berkenaan beserta dengan semua dokumen yang dinyatakan.