PEMBANGUNAN PROTOTAIP BAGASI PERALATAN UKUR
Download
- Description:
-
'prototaip dibina untuk memahami keperluan dan dibangunkan berdasarkan keperluan yang diketahui. Model prototaip merupakan model pembangunan dalam skala kecil. Penciptaan prototaip membolehkan pengguna lebih memahami keperluan produk atau sistem yang dikehendaki. Prototaip merupakan satu idea yang menarik untuk produk atau sistem yang memerlukan kos yang besar dan rumit yang mana tidak ada proses manual atau sistem sedia ada untuk membantu menentukan keperluan.
Kajian ini dibuat untuk membangunkan prototaip bagasi peralatan ukur bagi kegunaan pelajar kursus Geomatik bukan sahaja di politeknik malahan di IPTA dan IPTS yang juga menawarkan kursus ini. Objektif utama kajian ini adalah mereka bentuk prototaip bagasi yang dapat membawa peralatan-peralatan ukur bagi kerja kadastral, ukur kejuruteraan dan juga kerja pemetaan utiliti. Selain itu, fokus kedua untuk objektif kajian ini ialah membangunkan prototaip bagasi peralatan ukur dan menguji protaip yang dibangunkan secara praktikal sahaja. Manakala, kaedah yang digunakan untuk membangunkan prototaip bagasi peralatan ukur ini ialah menggunakan kaedah kaji selidik dengan menganggihkan soalan kaji selidik kepada pelajar-pelajar kursus Geomatik di Politeknik Merlimau daripada semester satu hingga semester lima untuk mengetahui pemasalahan yang dihadapi oleh pelajar-pelajar kursus Geomatik dan persetujuan untuk membangunkan prototaip bagasi peralatan ukur. Hasil daripada soalan kaji selidik tersebut didapati hampir keseluruhan pelajar kursus Geomatik bersetuju jika prototaip bagasi peralatan ukur dibangunkan.
'
NURALISA SYAHIRAH BINTI RAMZI
NURIN NISA BINTI ISHAK
QAMARUL RAZI BINÂ MOHD ROSLI - Submitted By:
- Md Nor Sirat (webmaster)
- Submitted On:
- 27 Feb 2020
- Filesize:
- 9.44 Kb
- Downloads:
- 17
- File Version:
- JKA
- File Author:
- NOOR ASMIDA BINTI ABU BAKAR
- File HomePage:
- Click to view
- Submitted On:
- 27 Feb 2020
- Rating:
-
Be the first to comment! Please sign in or register.