MANUAL PENGGUNAAN APLIKASI COGO DAN SURVEY FIELD CALCULATION BAGI TUJUAN UKUR KEJURUTERAAN
Download
- Description:
-
‘Manual penggunaan aplikasi Cogo dan survey field calculation’bagi tujuan ukur kejuruteraan’ adalah untuk memperkenalkan penggunaan perisian ukur versi android bagi tujuan ukur kejuruteraan dan mempermudahkan pengiraan berkaitan dengan ukur kejuruteraan. Projek ini dijalankan selepas pemerhatian manual, mengenal pasti masalah yang mungkin dan mencadangkan cara terbaik untuk menyelesaikan masalah yang berlaku apabila tiada aplikasi yang dapat membantu para pelajar dalam pengiraan ukur kejuruteraan khususnya ketika di khemah ukur. Masalah ketiadaan aplikasi ini menyebabkan proses kerja ukur kejuruteraan menjadi lambat. Selain itu, proses kerja yang lambat menjadikan hasil kerja yang terhasil menjadi kurang baik. Kesannya, hasil pengiraan menjadi kurang tepat akibat kekangan ketika mengira di lapangan. Manual penggunaan aplikasi Cogo dan Survey Field Calculation ini direka khas untuk mempermudahkan para pelajar Diploma Geomatik menggunakan aplikasi ukur iaitu Cogo dan Survey Field Calculation yang sudah sedia ada. Didalam manual penggunaan ini, terdapat pelbagai cara pengiraan menggunakan aplikasi android tersebut antaranya cara -cara pengiraan ‘inverse’, ‘missing line’, koordinat, lengkuk pugak dan akhir sekali lengkuk bulat. Manual penggunaan aplikasi ini juga telah diuji penggunaannya oleh para pelajar Diploma Geomatik.. Untuk mengetahui keberkesanan produk, satu set soal selidik dihasilkan dan diedarkan kepada 60 responden. Responden dipilih secara rawak di kalangan pelajar Diploma Geomatik Politeknik Merlimau. Dari majoriti soal selidik dipersetujui bahawa manual penggunaan aplikasi Cogo dan Survey Field Calculation bagi tujuan ukur kejuruteraan ini amat mudah difahami dan teramatlah diperlukan oleh pelajar Diploma Geomatik khususnya pada mereka yang bakal menhadapi khemah ukur.. Ini membuktikan bahawa manual penggunaan aplikasi Cogo dan Survey Field ni boleh memudahkann pengiraan ketika kerja ukur kejuruteraan khusunya ketika ukur kejurteraan di khemah ukur.
FATIN NURSYAZWANI BT RAHMAN
ALIF HAIQAL BIN IKMAL HISHAM
MUHAMMAD SHAHRIZAL BIN SHAHRIL - Submitted By:
- Md Nor Sirat (webmaster)
- Submitted On:
- 28 Feb 2020
- Filesize:
- 9.44 Kb
- Downloads:
- 19
- File Version:
- JKA
- File Author:
- SR ROHAFIZA BT MD DARUS
- File HomePage:
- Click to view
- Submitted On:
- 28 Feb 2020
- Rating:
-
Be the first to comment! Please sign in or register.