Logo UPIM

Maksud Logo
Perwakilan | Maksud |
---|---|
![]() |
Dalam usaha ke arah meningkatkan kecemerlangan dan mengejar kejayaan, kita perlu berhati-hati kerana kemungkinan sesuatu perkara yang tidak dijangka boleh berlaku mengakibatkan kita jatuh tersungkur. Perjalanan yang penuh ranjau dan berliku menjadi pemangkin kepada keazaman untuk sentiasa memperbaiki diri sebagai persiapan menghadapi segala cabaran yang mendatang. |
![]() |
U & warna hijau [Ukhwah] :- Keharmonian, semangat kerjasama dan saling hormat-menghormati antara ahli UPIM dalam pergaulan seharian dan ketika menjalankan tugasan. |
![]() |
P & warna merah [Pertahanan] :- Sentiasa cergas dan bersedia untuk mempertahankan hak unit dan ahli. Proaktif dalam menyelesaikan permasalahan yang timbul secara tidak diduga. |
![]() |
I & warna kuning [Integriti] :- Amalan integriti (bentuk 'I' yang lurus) yang mantap akan memacu ke arah mengecapi kecemerlangan dan kejayaan (bentuk bintang) mutlak yang telah dijanjikan berdasarkan Rukun Islam dan Rukun Negara. |
![]() |
M & warna biru [Mesra] :- Menjadi pemudahcara, layanan dengan senyuman serta mesra pelanggan diutamakan lantaran mewujudkan suasana yang tenang, selesa dan kondusif. |
![]() |
Nama unit yang telah dipersetujui dan mendapat kata sepakat antara ahli untuk digunakapakai sebagai identiti rasmi. UPIM juga dikenali sebagai UMS (Unit Multimedia dan Sumber) dan UIDM (Unit for Instructional Development and Multimedia). |
![]() |
Berkhidmat dan bernaung di bawah panji Politeknik Merlimau. |
Misi UPIM
Misi kami adalah untuk menyediakan perkhidmatan yang berkualiti dan dinamik ke arah memacu kegemilangan Politeknik Merlimau.