
Perkhidmatan
Kami menyediakan perkhidmatan bagi memenuhi kehendak dan keperluan warga PMM seperti:
Fasiliti
Sebuah studio rakaman suara/audio yang kedap bunyi beserta kelengkapan peralatan audio menawarkan perkhidmatan rakaman suara dan audio yang selesa dan meyakinkan.
Sebuah studio foto dilengkapi layar-layar latarbelakang yang menarik, elegan dan menyeronokkan.
Terdapat 2 buah bilik seminar yang berhawa dingin, dilengkapi dengan pemancar LCD beserta sistem audio yang baik. Sebuah ruang makan yang selesa dan kondusif juga menjadikan elemen tambahan yang menarik bagi tujuan penganjuran kursus, mesyuarat atau taklimat.
Tandas berdekatan dan surau yang berasingan untuk lelaki dan wanita juga memudahkan serta menjimatkan masa dan pergerakan peserta.
Kapasiti fasiliti adalah seperti berikut:

Peralatan
Kami menyediakan kemudahan peminjaman peralatan bagi tujuan P&P dan operasi yang berkaitan bagi warga PMM.
Di antara peralatan yang disediakan untuk tujuan peminjaman adalah:
* untuk sebarang tempahan fasiliti dan perkhidmatan, sila muat turun borang. Bawa bersama borang yang telah dilengkapkan dan berbincang dengan staf UPIM.