Pengenalan

Eksplorasi Budaya dan Warisan UNESCO Melaka 2020 adalah merupakan salah satu program yang dianjurkan oleh Politeknik Merlimau, Melaka yang melibatkan pegawai kedudayaan, pensyarah dan pelajar-pelajar Kebudayaan Politeknik seluruh Malaysia. Politeknik Merlimau, Melaka menjadi lokasi program yang bertujuan untuk memberi pendedahan keunikan Tapak Warisan Dunia UNESCO kepada peserta daripada Politeknik di seluruh Malaysia dan pelajar luar negara yang menuntut di Institisi Pengajian tinggi tempatan sekitar Melaka. Program akan berlansung selama Empat (4) hari dan Tiga (3) malam, bermula pada 6 Februari sehingga 9 Februari 2020. Program ini merangkumi bengkel budaya dan warisan, eksplorasi budaya dan warisan serta jelajah Melaka sebagai Bandar Warisan Dunia UNESCO, serta  melibatkan aktiviti khidmat masyarakat bersama komuniti setempat (CSR) di negeri Melaka.

Setiap Politeknik dan kolej komuniti di seluruh Malaysia mengikut setiap zon (Zon Utara, Zon Selatan, Zon Tengah, Zon Timur, Zon Sabah dan Zon Sarawak) akan bersama-sama menjayakan program yang buat kali ketiga dianjurkan di Negeri Melaka yang cukup dikenali sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO. Matlamat program adalah bagi memenuhi Lonjakan Pertama KPT yang merangkumi Kebudayaan dan Warisan dalam Kluster Petriotisme, Uniti dan UNESCO. Program seumpama ini dianjurkan bagi memelihara khazanah yang kian pupus dalam kalangan generasi muda.

Eksplorasi Budaya dan Warisan UNESCO Melaka 4.0 (EKSCOME 4.0) akan berlangsung selama Empat (4) hari dan Tiga (3) malam, bermula pada 6 Februari sehingga 9 Februari 2020. Program ini merangkumi bengkel, eksplorasi dan jelajah Melaka sebagai Bandar Warisan Dunia UNESCO serta melibatkan aktiviti khidmat masyarakat(CSR) bersama komuniti setempat  di negeri Melaka. Peserta akan diberi taklimat dan bengkel sebagai persediaan dan latihan dalam menyertai pertandingan kebudayaan secara berkumpulan. Pertandingan dianjurkan sebagai pengisisian program dan akan dinilai pada hari terakhir program. Pemenang akan diumumkan pada majlis perasmian penutupan program.

Peserta akan dibawa menjelajah sekitar negeri melaka bagi menikmati kesan Sejarah penjajahan Belanda, cara hidup masyarakat Baba & Nyonya, masyarakat India Cheetiar, masyarakat Melayu Melaka dan masyarakat Portugis di Melaka serta mengunjungi tempat-tempat peranginan yang terdiri daripada tapak warisan dunia. Disamping menjelajah, peserta juga dapat menikmati juadah dan makanan tradisional Melaka. Disamping itu, peserta dapat menikmati keindahan Seni Bina bangunan peninggalan penjajah disamping melaksanakan tugasan dalam memenuhi pertandingan kebudayaan yang dianjurkan.

Peserta juga didedahkan dengan aktiviti Desa bersama penduduk kampung disamping menikmati keindahan dan kedamaian suasana desa, peserta juga dapat menghayati keindahan seni bina bangunan yang terdapat disekitar Negeri Melaka bermula daripada Sungai Rambai, Melaka seperti Tengkolok Dendam Tak Sudah,Tepak Sirih, Mahkamah Syariah dan lain-lain lagi. Peserta juga didedahkan dengan permainan tradisional yang masih lagi bertahan sehingga hari ini di Melaka iaitu seperti permainan gasing, congkak, galah panjang, tari upih, kondi, biji saga, tarik upih dan lain-lain lagi. Selain daripada permainan Tradisional, peserta juga turut didedahkan dengan warisan Puisi Tradisional  melalui penganjuran Bengkel Puisi Tradisional dan Bengkel Penulisan Puisi Tradisional- Pantun  Dondang Sayang, hasil daripada bengkel tersebut akan dipersembahkan di Majlis Penutupan program.

    Peserta juga tidak ketinggalan untuk turut sama merasai suasana kekeluargaan dalam program bersama penduduk kampung dalam program khidmat masyarakat bersama pendududk kampung Mortern di bawah kelolaan Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) dan Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM). Diharap program ini melahirkan generasi pelajar yang berupaya menjadi cendekiawan, penggalak, pemupuk, pelaku dan pengamal seni budaya dan warisan yang menjurus kepada pemupukan nilai-nilai kebudayaan, pemuliharaan dan pentadbiran warisan yang pelbagai.