Kata Aluan Pengarah

pengarah

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia,

Sebagai sebuah organisasi yang mementingkan kecemerlangan, Politeknik Merlimau berusaha meningkatkan persekitaran tempat kerja yang kondusif dan sistematik melalui Amalan QE/5S. Amalan ini dapat menjana tahap kreativiti dan inovasi dalam kalangan warga Politeknik Merlimau. Di samping itu, ia dapat mewujudkan amalan yang boleh membina sikap positif dan disiplin yang berterusan sekali gus meningkatkan tahap kecemerlangan Politeknik pada setiap peringkat.

Kata Aluan Penyelaras 5S

Ketua Penyelaras

Amalan Persekitaran Berkualiti (QE/5S) dapat menggalakkan setiap anggota dalam organisasi untuk bekerja dalam suasana yang lebih ceria, harmoni, kondusif dan selamat. Pembudayaan persekitaran kerja yang bersih, selamat dan selesa menyumbang kepada peningkatan sistem penyampaian yang lebih berkualiti.

Amalan (QE/5S) akan membentuk disiplin diri yang baik, semangat kerja berpasukan di samping mewujudkan rasa kondusif dan selamat terhadap persekitaran tempat kerja.