NATIONAL DIGITAL LEARNING TALK 2020 (nDLearnT’20)
Let’s Talk: Teaching and Learning Online,
the New Norm in Higher Education Learning System

ANJURAN :
ePEMBELAJARAN, POLITEKNIK MERLIMAU
dengan kerjasama
BAHAGIAN INSTRUKSIONAL DAN
PEMBELAJARAN DIGITAL (BIPD), JPPKK

TARIKH PELAKSANAAN :  02 - 03 SEPTEMBER 2020

LOKASI : POLITEKNIK MERLIMAU

ePembelajaran Politeknik Merlimau dengan kerjasama Bahagian Instruksional dan Pembelajaran Digital (BIPD), JPPKK bercadang untuk menganjurkan National Digital Learning Talk 2020 (nDLearnT’20) bagi membuka peluang kepada lebih ramai warga Politeknik, Kolej Komuniti serta IPTA dan IPTS di seluruh Malaysia untuk berkongsi ilmu, idea serta pengalaman dalam penghasilan bahan PdPDT Asynchronous. nDLearnT’20 komited untuk membudayakan perkongsian ilmu dan idea ini dalam mencapai keperluan untuk membina modal insan yang cemerlang dalam kalangan warga pendidik sekaligus dapat menghasilkan graduan yang memperolehi pendidikan yang dinamik seiring dengan revolusi industri terkini.