KAMSIS / ASRAMA POLITEKNIK MERLIMAU (PMM)
1. PENGENALAN
Unit Kamsis berperanan menguruskan penempatan pelajar. Unit ini diletakkan di bawah Ketua Jabatan Hal Ehwal dan Pembangunan Pelajar. Ianya diterajui oleh Penolong Pengurus Asrama, seorang Penyelia Asrama Gred N22, empat orang Penyelia Asrama dan tiga belas orang warden. (jumlah sepatutnya dua puluh lapan orang).
Kamsis Politeknik Merlimau (PMM) mempunyai enam blok bangunan empat tingkat yang boleh menampung seramai 1404 orang penghuni dan setiap bangunan boleh menempatkan seramai 234 orang. Kapasiti blok bagi pelajar lelaki dan perempuan akan berubah pada setiap semester bergantung kepada jumlah pengambilan pelajar.
2. KEMUDAHAN YANG DISEDIAKAN
Kamsis PMM menyediakan kemudahan yang lengkap seperti tilam, bantal, katil, almari pakaian, meja dan kerusi belajar, langsir dan rak buku. Kemudahan-kemudahan lain seperti:
- Bilik belajar;
- Bilik rehat dilengkapi dengan siaran televisyen Njoi;
- Bilik menggosok;
- Bilik pantry;
- Mesin basuh disetiap aras;
- Padang dan gelanggang permainan;
- Kafeteria yang beroperasi dari jam 7 pagi hingga 11 malam;
- Pusat Islam;
- Internet (Wifi); dan
- Mesin penapis air panas/sejuk disetiap blok.
3. SYARAT-SYARAT PERMOHONAN MENDUDUKI KAMSIS
3.1 Permohonan boleh dibuat secara atas talian melalui Sistem Pengurusan Maklumat Pelajar (SPMP) di portal PMM.
3.2 Borang lengkap yang telah dihantar secara atas talian hendaklah dicetak dan dihantar ke Pejabat Pengurusan Kamsis
sebelum tarikh tutup permohonan berserta dokumen sokongan yang lain seperti:
- Slip gaji/surat pengesahan pendapatan yang telah disahkan oleh Penghulu atau Pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional;
- Laporan Kesihatan yang telah disahkan oleh doktor bagi pelajar yang mempunyai masalah kesihatan yang serius; dan
- Sijil kematian bagi anak yatim piatu.
4. KRITERIA PEMILIHAN PELAJAR KAMSIS PMM
Kriteria permohonan menduduki kamsis adalah seperti berikut:
- Pendapatan dan tanggungan ibubapa/penjaga;
- Anak yatim piatu;
- Disiplin;
- Aktiviti yang disertai di kamsis/jabatan;
- Jarak rumah ke PMM;
- Masalah kesihatan;
- Borang lengkap dan maklumat adalah benar; dan
- Bergantung kepada kekosongan tempat.
CARTA ORGANISASI UNIT KAMSIS:
Klik sini untuk lihat carta