Program Membaca Bersama 10 Minit 2023

Cetak
User Rating:  / 0

POSTER JOM BACA 2023
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Tuan/Puan,

Dengan hormatnya saya diarah merujuk perkara tersebut di atas.

2.      Dimaklumkan bahawa Pepustakaan Negara Malaysia (PMN) dan Majlis Pengarah-Pengarah Perpustakaan Awam Se-Malaysia akan mengadakan Program Membaca Bersama 10 Minit Tahun 2023 pada 18 Mei 2023 (Khamis), jam 11.00 pagi - 11.10 pagi. Program ini merupakan program tahunan utama sektor perpustakaan yang dilaksanakan sempena Sambutan Hari Buku dan Hak Cipta Sedunia. Ia merupakan komitmen sektor perpustakaan di seluruh Malaysia bertujuan meningkatkan amalan dan budaya membaca dalam kalangan masyarakat Malaysia.

3.      Bagi menyemarakkan program tersebut, Perpustakaan Al-Khawarizmi Politeknik Merlimau akan menganjurkan Program Jom Baca@Perpustakaan seperti ketetapan berikut:

                       Tarikh        :     18 Mei 2023 (Khamis)
                       Masa         :     11.00 pagi  - 11.10 pagi (Bacaan serentak 
                                               seluruh Malaysia)
                       Tempat      :     Jabatan / Unit masing-masing

4.     Sehubungan itu, kerjasama warga PMM dimohon untuk menyokong program ini dengan menyertai program ini di jabatan/unit masing-masing. Penyertaan program boleh dilakukan melalui pautan :   https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLScemtGXymlCWN3O4N2GJaq-A8ZiQ5MaCK6UxNAnrbkjpZITlA/viewform?usp=sharing. Tiga (3) penyertaan gambar terbaik akan menerima cendermata.

5.     Bersama-sama ini disertakan poster Program Jom Baca Bersama 10 Minit Tahun 2023 untuk makluman tuan/puan. Kerjasama dan perhatian tuan/puan mengenai perkara ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

“MALAYSIA MADANI”

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”      

Saya yang menjalankan amanah,

AZIZAH BT AHMAD
Pen. Pustakawan

b/p Ketua Unit Perpustakaan
Politeknik Merlimau Melaka