Program Lepak Fest 2022

Cetak
User Rating:  / 0

POSTER LEPAK FEST (1)

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,

Sukacita dimaklumkan bahawa pelajar Diploma Pengurusan Acara semester 5, Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti, Politeknik Merlimau Melaka akan menganjurkan Program Lepak Fest bagi memenuhi keperluan kursus DTE50154 - Event Project pada ketetapan berikut:

        Tarikh: 1 & 2 November 2022 (Selasa & Rabu)

        Masa: 9.00 pg - 11.00 mlm

        Tempat: PMM Mall

Sehubungan dengan itu, dijemput semua warga PMM untuk memeriahkan program tersebut. Terdapat pelbagai jualan makanan dan minuman serta aktiviti menarik seperti di dalam poster yang dilampirkan.


Sekian, terima kasih.