Majlis Pelancaran Lean Management PMM 2022

Cetak
User Rating:  / 0

ezyppi cd copy

Jawatankuasa Lean Management Politeknik Merlimau akan melancarkan dua aktiviti Lean bagi tahun 2022  pada 8 September 2022 yang akan dirasmikan oleh YBhg.Datuk Ir.Othman bin Abdul Rahim (Pengerusi Jawatankuasa Penasihat Industri Politeknik Merlimau) .Majlis turut di hadiri oleh YBrs.Puan Yusma binti Yusof (Pengarah Bahagian Kolaborasi Industri dan Komuniti ,Jabatan  Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti)

Pengurusan Lean adalah satu pendekatan bagi pengoperasian sebuah organisasi dengan menyokong konsep penambahbaikan.

Dua aktiviti yang akan di lancarkan adalah:

1️) e-Aktiviti PMM @ Pergerakan Pegawai PMM
Pengurusan staff melalui e-Aktiviti PMM   yang lebih efektif dan mengaplikasikan elemen go-green sepenuhnya.

2) Portal EzyPPI
Gerbang utama/common gateway yang berasaskan konsep "one stop centre" bagi semua aktiviti Pensyarah Pelawat Industri.

Dengan pelancaran ini dapat meningkatkan tadbir urus Politeknik Merlimau melalui Lean Management dan menyokong Inisiatif A5-Pelan Strategik JPPKK (2018-2025).