Hari Inovasi Jabatan Kejuruteraan Mekanikal (JKM) Sesi 2 2921/2022

Cetak
User Rating:  / 0

02 JUN 2022

*SEDANG BERLANGSUNG HARI INOVASI JABATAN KEJURUTERAAN MEKANIKAL (JKM) SESI 2 2021/2022*

Jabatan Kejuruteraan Mekanikal, Politeknik Merlimau sedang mengadakan Hari Inovasi JKM Sesi 2 2021/2022 bagi kursus DJJ 50193 – Project 2 yang melibatkan pelajar semester lima (5), Diploma Kej. Mekanikal, Diploma Kej. Mekatronik & Diploma Kej. Mekanikal (Pembuatan) di Makmal Loji JKM, Politeknik Merlimau, Melaka
 
Program ini bertujuan mempamerkan hasil inovasi, rekabentuk, penambahbaikan produk dan ciptaan kreatif pelajar yg telah dihasilkan sepanjang semester ini. Melalui program ini juga, pelajar akan didedahkan cara untuk berkomunikasi, sesi soal jawab antara panel dan pelawat, dan mempromosikan kelebihan produk yang dihasilkan.

Dalam majlis ini, turut hadir adalah Alumni Diploma Kejuruteraan Mekatronik, En Muhammad Saiful Azmil bin Abd Rahman sebagai Panel Industri


inovasijkm2022