Permohonan Kamsis senior SESI 2:2021/2022

Cetak
User Rating:  / 2

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Adalah dimaklumkan bahawa permohonan untuk mendiami Kamsis PMM akan dibuka dan pelajar boleh menbuat permohonan secara dalam talian malalui Portal Alamat e-mel ini dilindungi daripada spambots. Anda perlukan JavaScript diaktifkan untuk memaparkannya.

Tarikh permohonan dibuka : 01 Januari 2022
Tarikh permohonan ditutup : 31 Januari 2022

Sila patuhi proses permohonan seperti berikut :

  1. 1)Borang permohonan hendaklah dilengkapkan dan dihantar secara atas talian
  1. 2)Cetak 1 salinan borang permohonan yang telah lengkap diisi
  1. 3)Borang permohonan yang telah dicetak hendaklah dikepilkan bersama-sama dokumen sokongan seperti berikut :

3.1 – Salinan slip gaji ibu/bapa/penjaga atau penyata pendapatan (yang telah disahkan)

3.2 – Surat pengesahan/perakuan oleh Pegawai Perubatan yang terkini sekiranya sakit (yang telah disahkan)

3.3 – Lain-lain dokumen berkaitan,

Borang permohonan bersama dokumen sokongan hendaklah dihantar secara serahan tangan atau diposkan sebelum tarikh tutup 31 Januari 2022 ke alamat berikut :

Unit Kamsis
Politeknik Merlimau
KB 1031 Pejabat Pos Merlimau
77300 Merlimau Melaka.
(PERMOHONAN KAMSIS SESI 2:2021/2022)

Keputusan permohonan, hanya akan diketahui selepas pendaftaran pelajar baru ( Semester 1 ) Sesi 2:2021/2022 dilaksanakan.

Permohonan yang lewat atau tidak lengkap atau tidak membuat permohonan dalam talian, tidak akan diproses dan dianggap tidak berminat untuk mendiami Kamsis.

Sebarang permasalahan boleh hubungi ditalian 06-2636687 ( dalam waktu pejabat )

Sekian, terima kasih.

Pengurusan Kamsis
Politeknik Merlimau, Melaka.
*Nota : Slip gaji .Penyata Pendapatan hendaklah disahkan oleh Majikan/Penghulu/Pegawai Kerajaan Kumpulan A.