Pendaftaran ke Kamsis bagi pelajar baharu sesi 1 2021

Cetak
User Rating:  / 0

PENDAFTARAN PELAJAR BARU NOV 2021
Politeknik Merlimau pada hari ini sehingga 12 November 2021 menerima pendaftaran ke Kamsis bagi pelajar baharu sesi 1 2021.

Antara perkara yang menjadi SOP bagi pendaftaran kali ini ialah ujian RTK Covid-19 kepada para pelajar mendaftar khusus buat mereka yang tidak berkesempatan mengemaskini aplikasi PolyCCdec.

Kepada semua pelajar, dimohon untuk sentiasa mengemaskini aplikasi PolyCCdec bagi memudahkan proses pendaftaran ke kampus.

Turut bersama bagi meninjau proses pendaftaran ini ialah Sr. Mohamad Kelana bin Juwit, Timbalan Pengarah (Akademik), Encik Mohd Hoirie bin Abdul Manah, Timbalan Pengarah (Sokongan Akademik) dan Ts. Zan Aizuwan Zainal Abidin, Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar.

Dianggarkan seramai hampir 1000 pelajar baharu akan mendaftar secara fizikal bagi sesi ini.

#PoliteknikMerlimau #X4X
#MelakakuMajuJayaRakyatBahagiaMenggamitDunia
#MalaysiaPrihatin
#LindungDiriLindungSemua