Program DIES NATARIS Ke-2

Cetak
User Rating:  / 0

DIES NATARIS 2021
Dengan hormatnya saya menarik perhatian YBrs. Dr./Ts./tuan/puan kepada perkara di atas.
 
Sukacita dimaklumkan bahawa, Unit Pengantarabangsaan, Politeknik Merlimau ingin mempromosikan International Cultural Exchange bagi PROGRAM DIES NATARIS KE-2  kelolaan Universitas Bina Mandiri (UBM) Gorontalo, Indonesia secara dalam talian. Di dalam program ini, peserta akan menghadiri kursus secara percuma dan boleh menyertai pertandingan. Program dan pertandingan ini akan berlangsung pada 19 Oktober 2021.

Sehubungan dengan itu, pensyarah dan pelajar PMM dialu-alukan untuk menyertai program tersebut. Pendaftaran peserta mestilah dibuat melalui pautan https://bit.ly/ICEBINAMANDIRI dan pihak tuan boleh merujuk syarat bagi  pertandingan yang dijalankan.

 
Sekian, terima kasih

"MELAKAKU MAJU JAYA, RAKYAT BAHAGIA, MENGGAMIT DUNIA"
"PRIHATIN RAKYAT: DARURAT MEMERANGI COVID-19"
"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"
 
Saya yang menjalankan amanah,
 
(LIAN AI CHEN)
Penyelaras Promosi dan Pemasaran,
Unit Pengantarabangsaan,
Politeknik Melaka