Virtual International Language Competitor 2021 (VILC)

Cetak
User Rating:  / 0

vilc2021 a
Sukacita dimaklumkan bahawa, Unit Pengantarabangsaan, Politeknik Merlimau ingin mempromosikan Virtual International Language Competition 2021 (VILC 2021)  yang dianjurkan oleh Akademi Pengajian Bahasa, Universiti Teknologi MARA Cawangan Johor. Tujuan pertandingan ini ialah untuk mencungkil serta mengembangkan bakat pelajar di dalam empat bahasa iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Mandarin dan Bahasa Arab, serta memperkasakan budaya intelek dalam kalangan mereka. Pertandingan ini akan di adakan secara maya atau ‘Virtual’ melalui platform digital yang sesuai antaranya laman web dan YouTube.   

Sehubungan dengan itu, pelajar dialu-alukan untuk menyertai pertandingan tersebut. Pendaftaran peserta dan pembayaran mestilah dibuat sebelum 24 Oktober 2021. Pihak tuan boleh merujuk syarat bagi  pertandingan yang dijalankan di pautanhttps://vilc2021.apbuitmjohor.my


Sekian, terima kasih

"MELAKAKU MAJU JAYA, RAKYAT BAHAGIA, MENGGAMIT DUNIA"
"PRIHATIN RAKYAT: DARURAT MEMERANGI COVID-19"
"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"


Saya yang menjalankan amanah,


(LIAN AI CHEN)
Penyelaras Promosi dan Pemasaran,
Unit Pengantarabangsaan,
Politeknik Melaka