PROGRAM STARBOX eBOOTCAMP

Cetak
User Rating:  / 0

starbox 2021
Sukacita dimaklumkan bahawa Unit Keusahawanan Politeknik Merlimau akan menganjurkan Program STARBOX eBootcamp pada ketetapan berikut :

                             Tarikh                         : 21 – 24 September 2021

                             Masa                           : 09.00 pagi – 05.00 petang

                            Tempat                       : Platform online

Program ini merupakan program yang akan dilaksanakan secara berterusan bagi membolehkan usahawan dalam kalangan pelajar mendapat bimbingan dan peluang keusahawanan dari semasa ke semasa.

Aktiviti yang julung kali diadakan ini bertujuan untuk memantapkan lagi kemahiran keusahawanan dalam kalangan pelajar di samping  melahirkan usahawan pelajar.

Diharap pelaksanakan program ini dapat memberikan manfaat kepada pelajar dan memperoleh kerjasama daripada semua pihak.

Sekian, terima kasih.