Program Penjana-KPT CAP PMM

Cetak
User Rating:  / 0

penjanacap2021 RFID 2021

Jom Sertai Program Penjana-KPT CAP Anjuran Politeknik Merlimau

Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) Career Advancement Programme (CAP) dibawah Kementerian Pengajian Tinggi atau PENJANA-KPT CAP adalah inisiatif kerajaan dalam menangani cabaran kebolehpasaran graduan dan mengurangkan pengangguran akibat wabak COVID-19.

Anda dipelawa untuk meningkatkan kemahiran dalam Radio-frequency identification (RFID) Technology dengan menyertai KURSUS PENYELENGGARAAN SISTEM PERALATAN TOLL (RFID DAN TOUCH N GO) dibawah kelolaan Politeknik Merlimau. Permohonan boleh dibuat di LAMAN WEB https://great.mohe.gov.my/.

Setelah tamat mengikuti program ini anda akan mendapat sijil kopetens Radio-frequency identification (RFID) Technology dan akan ditawarkan jawatan juruteknik di beberapa agensi pengendali lebuhraya seluruh Malaysia dan juga beberapa industri di Melaka, Negeri Sembilan, Selangor dan Johor.

Syarat Umum

- Warganegara Malaysia

- Graduan Universiti Awam, Politeknik dan Kolej Komuniti.

- Graduan 2019 yang belum bekerja dan graduan tahun 2020.

- Graduan peringkat pengajian Sarjana Muda/Diploma/Sijil.

- Graduan peringkat Sijil bagi Politeknik dan Kolej Komuniti sahaja.

- Belum ditawarkan sebarang program di bawah PENJANA.

MOHON SEGERA!!

#PoliteknikMerlimau
#X4X
#MelakakuMajuJayaRakyatBahagiaMenggamitDunia