Permohonan Kemasukan Sesi Disember 2020

Cetak
User Rating:  / 0
Keputusan permohonan kemasukan ke Politeknik dan Kolej Komuniti Sesi Disember 2020 boleh disemak mulai 11 Disember 2020 jam 6.00 petang..

Calon-calon yang berjaya perlu membuat pengesahan setuju terima dalam tempoh tujuh hari. Tarikh pendaftaran adalah pada 01 Mac 2021 (sila rujuk tarikh pendaftaran sebenar di surat tawaran). Program dan institusi yang ditawarkan adalah muktamad. Tiada pertukaran tempat atau program dibenarkan selepas calon telah membuat setuju terima. Sekiranya calon memerlukan khidmat nasihat sebelum membuat keputusan, sila emel Alamat e-mel ini dilindungi daripada spambots. Anda perlukan JavaScript diaktifkan untuk memaparkannya. atau hubungi institusi yang berkenaan.

Calon-calon yang tidak berjaya boleh membuat rayuan mulai 11 Disember 2020 jam 6.00 petang.. Keputusan rayuan akan diumumkan pada setiap hari Khamis jam 6.00 petang.

Maklumat lanjut sila layari : http://ambilan.mypolycc.edu.my/portalbpp2/index.asp