Anugerah Khas Maulidur Rasul Negeri Melaka

Cetak
User Rating:  / 1

mya2020

PENSYARAH POLITEKNIK MERLIMAU MENERIMA ANUGERAH KHAS SEMPENA MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT NEGERI MELAKA 1442H

Pensyarah Politeknik Merlimau Puan Myia Yuzrina Zalkis telah dipilih sebagai penerima Anugerah Khas Maulidur Rasul 1442H Peringkat Negeri Melaka.

Beliau menerima anugerah tersebut bagi kategori mualaf dan atas peranan beliau menyampaikan dakwah kepada golongan mualaf lain terutama bagi kaum Dayak di Melaka.

Selain itu, seorang lagi pensyarah Politeknik Merlimau iaitu Puan Siti Zahrah Salihan turut menerima anugerah tempat ketiga bagi Pertandingan Berzanji Terbuka (dalam talian) iaitu beliau mewakili Daerah Jasin ke peringkat Negeri Melaka.

TAHNIAH & SYABAS untuk kejayaan ini.

#PoliteknikMerlimau
#X4X
#MelakakuMajuJayaRakyatBahagiaMenggamitDunia