Tahniah : Anugerah Khas National Energy Award 2020

Cetak
User Rating:  / 0

nea award 2020 pmm2

Politeknik Merimau Menerima Anugerah Khas Sempena National Energy Award 2020 Anjuran Kementerian Tenaga Dan Sumber asli (KeTSA)

Daripada sejumlah 110 penyertaan, hanya 30 penyertaan terdiri daripada agensi kerajaan dan swasta termasuk Politeknik Merlimau (PMM) yang telah diangkat sebagai pemenang sempena National Energy Award 2020 pada kali ini anjuran Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) seperti poster ucapan tahniah oleh YB Menteri di laman sesawang KeTSA.

Lebih menggembirakan lagi, PMM telah dinobatkan sebagai pemenang ANUGERAH KHAS bagi kategori Energy Performance Contracting (EPC) menewaskan para pencabar lain.

Pengarah dan seluruh warga mengucapkan TAHNIAH dan SYABAS kepada Jawatankuasa Pengurusan Tenaga PMM yang dipengerusikan oleh Cik Suziee binti Sukarti kerana bekerja keras dalam memastikan PMM dapat menggondol anugerah berprestij ini.

Untuk makluman, Jawatankuasa Pengurusan Tenaga PMM ini turut dianggotai oleh Encik Muhammad Jais bin Gimin, Encik Azlan Shah bin Kamaruddin, Puan Haryani binti Hassan, Puan Shafura binti Shariff dan Encik Mohamad Nazri bin Ismail (Penasihat Projek) serta dibantu para staf Unit Pembangunan dan Selenggara PMM.

#PoliteknikMerlimau
#X4X
#MelakakuMajuJayaRakyatBahagiaMenggamitDunia