Program PENJANA-KPT CAP Anjuran Politeknik Merlimau

Cetak
User Rating:  / 0

Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) Career Advancement Programme (CAP) dibawah Kementerian Pengajian Tinggi atau PENJANA-KPT CAP adalah inisiatif kerajaan dalam menagani cabaran kebolehpasaran graduan dan mengurangkan pengangguran akibat wabak COVID-19.

Graduan yang terpilih mengikuti program dibawah PENJANA-KPT CAP akan berpeluang untuk meningkatkan kemahiran dan ditawarkan peluang pekerjaan mengikut bidang dipohonBagi graduan yang berminat dalam meningkatkan kemahiran dalam bidang Elektrik dan Elektronik serta Teknologi Maklumat dan Komunikasi, KURSUS PENYELENGGARAAN SISTEM PERALATAN TOLL (RFID DAN TOUCH N GO) dibawah kelolaan Politeknik Merlimau, merupakan salah satu kursus yang ditawarkan dibawah PENJANA-KPT CAP.

Syarat Umum

Warganegara Malaysia

Graduan Universiti Awam, Politeknik dan Kolej Komuniti.

Graduan 2019 yang belum bekerja dan graduan tahun 2020.

Graduan peringkat pengajian Sarjana Muda/Diploma/Sijil. Graduan peringkat Sijil bagi Politeknik dan Kolej Komuniti sahaja.

Belum ditawarkan sebarang program di bawah PENJANA.

Maklumat lanjut klik sini.

penjanacap2020