Kita Juara : Pertandingan Cidos Inspiring Learning Award (eDOLA 2020)

Cetak
User Rating:  / 0

edola2020

Politeknik Merlimau (PMM) buat kali kedua melakar sejarah di Pertandingan Cidos Inspiring Learning Award atau lebih dikenali sebagai eDOLA 2020 apabila dinobat selaku Johan Keseluruhan bagi tahun ini.

Pertandingan tersebut yang mempertandingkan 3 kategori telah disapu bersih oleh PMM sekali gus dinobat selaku johan keseluruhan.

Majlis anugerah eDOLA 2020 yang telah berlangsung pada hari ini dijalankan secara dalam talian oleh Bahagian Instruksional & Pembelajaran Digital (BIPD), Jabatan Pendidikan Politeknik & Kolej Komuniti dan turut dihoskan bersama beberapa Politeknik dan Kolej Komuniti termasuklah PMM.

Pengarah PMM, Encik Mohd Hatta bin Zainal dalam ucapannya di majlis tersebut, menyatakan sekalung penghargaan kepada seluruh warga PMM khususnya Jawatankuasa e-Learning PMM kerana berusaha keras bagi memastikan anugerah utama dapat dimenangi pada kali ini.

Untuk rekod, PMM telah memenangi tempat ketiga keseluruhan Pertandingan eDOLA bagi tahun 2019.

TAHNIAH KEPADA SELURUH WARGA KERJA PMM!

Maklumat lanjut layari :

https://www.instagram.com/p/CGXB4Mfnf8p/

https://www.facebook.com/pmm.poliedu/posts/5085951074752173


#PoliteknikMerlimau
#X4X
#MelakakuMajuJayaRakyatBahagiaMenggamitDunia