Mesyuarat online bersama Universitas Sriwijaya

Cetak
User Rating:  / 0

onlinemeetinguniid2020

MESYUARAT KOLABORASI POLITEKNIK MERLIMAU BERSAMA UNIVERSITAS SRIWIJAYA BERLANGSUNG DALAM TALIAN

Ketika ini Politeknik Merlimau yang diketuai oleh Pengarah Politeknik Merlimau, Encik Mohd Hatta bin Zainal sedang mengadakan mesyuarat kolaborasi secara dalam talian bersama para pengurusan tertinggi yang diketuai oleh Dekan Fakultas Ilmu Komputer, Bapak Jaidan Jauhari mewakili Universitas Sriwijaya.

Mesyuarat ini merupakan julung kalinya diadakan antara kedua-dua institusi yang mewakili Indonesia dan Malaysia.

Dalam mesyuarat ini, kedua-dua institusi turut diwakili oleh beberapa pegawai kanan bagi membincangkan mengenai perkembangan kolaborasi dalam aspek pengajaran dan pembelajaran (PdP) terutama bagi Jabatan Kejuruteraan Elektrik, PMM.

TAHNIAH diucapkan kepada JKE PMM atas inisiatif kolaborasi hebat seperti ini.
 Layari : https://www.instagram.com/p/CFgq6mMHoK-/

#PoliteknikMerlimau
#X4X
#MelakakuMajuJayaRakyatBahagiaMenggamitDunia