Tiada tawaran asrama bagi pelajar senior perempuan sesi Jun 2020

Cetak
User Rating:  / 0


Assalamualaikum w.b.t. dan salam sejahtera.


Bahagian Pengambilan Jabatan Hal Ehwal Pelajar (HEP) Politeknik Merlimau telah memaklumkan bahawa  jumlah pengambilan pelajar baru Sesi Jun 2020 yang akan datang dijangka  melebihi kapasiti penuh jumlah bilik-bilik di Kamsis.  Situasi ini memang telah sering berlaku pada  setiap Sesi Jun. Oleh itu, tiada bilik asrama yang boleh ditawarkan kepada pelajar senior perempuan berikutan terdapat hanya 2 blok asrama perempuan yang dibuka bagi menempatkan bilangan pelajar junior perempuan. Kekangan ini berlaku kerana 1 blok perempuan masih belum boleh beroperasi disebabkan projek penambahbaikan kemudahan bilik-bilik asrama masih belum selesai mengikut tarikh jangkaan iaitu bulan Mei 2020 akibat daripada penularan Covid 19.


Sehubungan itu, pelajar-pelajar senior perempuan adalah dinasihatkan untuk mendapatkan tempat penginapan alternatif seperti rumah sewa sebelum sesi pengajian bermula.  Pihak Pengurusan Hal Ehwal Pelajar (HEP) dan Kamsis mohon maaf diatas segala kesulitan.
Sekian, harap maklum.

Pengurusan Kamsis
Politeknik Merlimau, Melaka.
Tarikh : 28 Julai 2020