Permohonan mendiami Kamsis PMM bagi Sesi Jun 2018 Pelajar Senior

Cetak
User Rating:  / 1

Permohonan mendiami Kamsis PMM bagi Sesi Jun 2018 untuk pelajar-pelajar senior (Semester 2 hingga 6).

Assalamualaikum w.b.t. dan salam sejahtera.

Dimaklumkan, permohonan untuk mendiami Kamsis PMM akan dibuka.  Pelajar boleh membuat permohonan secara dalam talian melalui Portal Alamat e-mel ini dilindungi daripada spambots. Anda perlukan JavaScript diaktifkan untuk memaparkannya. .
 
Tarikh permohonan dibuka  : 1 Mac 2018
Tarikh permohonan ditutup  : 31 Mac 2018.

Sila patuhi proses permohonan seperti berikut :

Borang permohonan yang telah lengkap dan dihantar secara atas talian hendaklah juga dicetak dan dihantar bersama-sama dokumen sokongan yang telah disahkan. (cth: Salinan slip gaji ibu/bapa/penjaga atau penyata pendapatan, surat pengesahan Pegawai Perubatan yang terkini sekiranya sakit) atau lain-lain dokumen berkaitan, terus ke Pejabat Pengurusan Kamsis PMM atau secara pos ke alamat di bawah dengan pernyataan seperti berikut :

Politeknik Merlimau,
Unit Kamsis
KB 1031, Pejabat Pos Merlimau,
77300 Merlimau, Melaka.
(PERMOHONAN KAMSIS SESI JUN 2018)

“Keputusan berjaya/tidak berjaya hanya akan diketahui  selepas pendaftaran pelajar Semester Satu Sesi Jun 2018 dilaksanakan”.

Permohonan yang lewat atau tidak lengkap atau tidak membuat permohonan dalam talian,  tidak akan dilayan dan dianggap tidak berminat untuk menduduki Kamsis.

Sekian, harap maklum.
Pengurusan Kamsis,
Politeknik Merlimau, Melaka.

•    Nota : Slip gaji / Penyata Pendapatan hendaklah disahkan oleh Majikan / Penghulu / Pegawai Kerajaan Kumpulan A.