Selamat Datang Ke Laman Web Rasmi Politeknik Merlimau Melaka

Font Size

SCREEN

Profile

Tetapan
 
 
 
 

Pengurusan Pembangunan Prestasi (U3P)

E-mel Cetak
User Rating:  / 0
PoorBest 

norm3p
Unit Pengurusan Pembangunan Prestasi (U3P) di tubuhkan hasil inspirasi Puan Pengarah Politeknik Merlimau, Puan Hjh. Rashidah Binti Mustapa. Tujuan utama penubuhan U3P adalah untuk memantau dan menyeragamkan semua aspek berkaitan dengan prestasi di Politeknik Merlimau yang merangkumi Petunjuk Prestasi Utama (KPI) & Sasaran Kerja Tahunan (SKT), Perancangan Strategik, Pasukan Inspektorat Dalaman (PID) serta Takwim Politeknik.

Unit Pengurusan Pembangunan Prestasi ini diterajui oleh Puan Hjh. Normah Binti Jantan dan telah mula diaplikasikan pada tahun 2016.  Ahli jawatankuasa yang dilantik terdiri dari pegawai-pegawai yang berkaliber dari semua jabatan yang ada di Politeknik Merlimau.

Semua jawatankuasa yang dibentuk mempunyai peranan dan tugas seperti yang ditetapkan.  Bagi Jawatankuasa Prestasi dan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) berperanan untuk memastikan KPI Politeknik Merlimau di capai melalui Sasaran Kerja Tahunan (SKT) dan ePMO .  Objektif ini dapat di capai melalui penyelarasan KPI SKT Jabatan dan Unit, pemantauan empat kali setahun , pengumpulan dan analisa maklumat pencapaian KPI dan ePMO.

  Seterusnya pelaporan pencapaian akan di buat sebanyak empat kali iaitu pada bulan April, Julai,Oktober dan Disember.
Jawatankuasa Perancangan Strategik berfungsi untuk merancang, mengurus dan memantau pelaksanaan dan pengumpulan pencapaian petunjuk prestasi pelan strategik.  Pelaporan Pencapaian juga akan dilakukan sebanyak empat kali iaitu pada bulan April, Julai,Oktober dan Disember.

Sementara itu Jawatankuasa Pasukan Inspektorat Dalaman (PID) pula berperanan untuk merancang, mengurus dan menyelaras PID melalui aktiviti-aktiviti berikut:-
i.    Merancang dan menjalankan audit operasi, kewangan dan pematuhan untuk  menilai keberkesanan kawalan dalaman
ii.    Menentukan pematuhan terhadap dasar-dasar yang dipilih, prosedur dan peraturan perkhidmatan penjawat awam
iii.    Memberi cadangan kepada Pengarah untuk meningkatkan kecekapan dan  keberkesanan terhadap fungsi sistem kawalan yang telah disemak
iv.    Melakukan siasatan khas mengikut arahan Pengarah dari masa ke semasa
v.    Bekerjasama dengan semua peringkat pengurusan dan kakitangan Politeknik, juruaudit dalaman dan juruaudit luaran
vi.    Menjalankan perundingan dengan pentadbir, jabatan dan kakitangan di semua peringkat untuk menggalakkan tadbir urus yang baik

Seterusnya bagi Jawatankuasa Takwim  Tahunan Politeknik pula berperanan untuk merancang, menyelaras , menyediakan dan memantau takwim dan aktiviti tahunan Politeknik Merlimau. Skop tugas jawatakuasa juga meliputi perkara-perkara berikut:
i.    Menyelaras penyediaan cadangan takwim ketua jabatan/ketua unit
ii.    Menyediakan draf cadangan takwim dan aktiviti politeknik untuk kelulusan Pengarah Politeknik Merlimau.
iii.    Mendokumenkan dan    mencetak  Takwim Aktiviti Tahunan Politeknik Merlimau
iv.    Mengedar Takwim Aktiviti Tahunan Politeknik Merlimau kepada  semua  Ketua  Jabatan/  Ketua  Unit  serta mendapatkan Pengesahan Penerimaan.
v.    Memantau dan mengkaji keberkesanan semua aktiviti yang   dilaksanakan  oleh  jabatan/  unit  berdasarkan Takwim Aktiviti Tahunan Politeknik Merlimau.
vi.    Melaporkan  pelaksanaan  dan  keberkesanan  aktiviti yang   dilaksanakan  oleh  jabatan /  unit  berdasarkan Takwim  Aktiviti Tahunan Politeknik Merlimau setiap sebulan sekali kepada Penyelaras Takwim    dengan menggunakan Borang Pemantauan Pelaksanaan Aktiviti  Tahunan Politeknik Merlimau  
vii.    Mengumpul    dan    menyelaraskan    semua    laporan pelaksanaan  aktiviti  oleh  jabatan/unit  berdasarkan Takwim   Aktiviti   Tahunan   Politeknik Merlimau dan  menyerahkannya kepada  pengarah.

Dengan tertubuhnya U3P besarlah harapan agar pengurusan semua aspek berkaitan prestasi di Politeknik Merlimau akan menjadi lebih tersusun dan terancang.  Seterusnya berjaya membantu mencapai Key Performance Indicator (KPI)/Petunjuk Prestasi Utama yang telah di tetapkan oleh Jabatan Pendidikan Politeknik, Kementerian Pendidikan Tinggi.

Carta Oganisasi Unit Pengurusan Pembangunan Prestasi (U3P)
Lihat carta di sini.

Projek Unit Pengurusan Pembangunan Prestasi (U3P) :