Selamat Datang Ke Laman Web Rasmi Politeknik Merlimau Melaka

Font Size

SCREEN

Profile

Tetapan
 
 
 
 
Artikel

Makluman Biasiswa & Pinjaman

E-mel Cetak
User Rating:  / 14
PoorBest 

Skim Pembiayaan Pendidikan PTPTN diwujudkan bertujuan untuk memberi pembiayaan pinjaman pendidikan kepada pelajar yang mengikuti pengajian di Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) tempatan. Pembiayaan ini akan membolehkan pelajar membiayai sepenuh atau sebahagian yuran pengajian dan juga kos sara hidup di sepanjang tempoh pengajian mereka di IPT. Sekaligus, skim ini membuka lebih banyak peluang kepada semua golongan pelajar untuk melanjutkan pelajaran di peringkat pendidikan tinggi.

Skop penyediaan kemudahan pembiayaan pendidikan PTPTN adalah terbuka kepada pelajar-pelajar yang mengikuti program pengajian pada peringkat Diploma, Ijazah Pertama, Sarjana, Doktor Falsafah dan Kursus Profesional di IPT yang ditubuhkan di bawah Akta berikut:

  •     Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971.   
  •     Akta Institut Teknologi MARA 1976.
  •     Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 1996.
  •     Akta Pendidikan 1996.

Mulai 1 Mac 2007, pelajar-pelajar yang mengikuti pengajian secara jarak jauh atau separuh masa di Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA) bagi peringkat Diploma, Ijazah Pertama, Sarjana, Doktor Falsafah dan Kursus Profesional layak mendapat pinjaman pendidikan PTPTN. Jumlah pembiayaan hanyalah untuk membiayai yuran pengajian yang ditetapkan oleh IPTA dan tidak melebihi jumlah maksima seperti mana yang dinyatakan dalam Pekeliling PTPTN Bilangan 2 Tahun 2007.

Mulai 1 Januari 2012, para pelajar yang ingin memohon pembiayaan pendidikan PTPTN bagi membiayai pengajian mereka di Politeknik, IPTA atau IPTS adalah DIWAJIBKAN untuk mempunyai akaun SSPN dengan simpanan minimum sebanyak RM20.00

Sehubungan itu, para pelajar digalakkan membuka akaun SSPN di Maybank dan Bank Islam Malaysia Berhad bagi memudahkan dan mempercepatkan urusan pembukaan akaun. Baki akaun SSPN boleh disemak terus/ keesokan hari di laman web PTPTN bagi pembukaan akaun di Maybank manakala keesokan hari bagi pembukaan akaun di Bank Islam Malaysia Berhad

Bagi Pelajar Politeknik, pemohon pembiayaan perlu ada akaun Bank Islam dan pemohon dinasihati agar mengemaskini akaun Bank Islam sebelum memohon.

Pelajar layak memohon pembiayaan pendidikan sekiranya memenuhi kelayakan berikut:

a.    Warganegara Malaysia;
b.    Berumur tidak melebihi 45 tahun pada tarikh memohon;
c.    Lulus SPM dengan sekurang-kurangnya 3 kepujian dalam mana-mana mata pelajaran;atau
d.    Lulus SPM dan memperolehi CGPA 3.0 ke atas untuk pelajar lepasan sijil kolej komuniti yang mendapat tawaran pengajian ke peringkat diploma politeknik;
e.    Bagi pelajar-pelajar IPTA/ IPTS/ Politeknik, kursus yang diikuti mestilah mendapat kelulusan pendaftaran daripada Jabatan Pengurusan IPT (IPTA/ IPTS)/ Jabatan Pengajian Politeknik, Kementerian   Pengajian Tinggi;
f.    Bagi pelajar-pelajar IPTS, kursus yang diikuti mestilah mendapat Sijil Perakuan Akreditasi daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan belum tamat tempoh sah  laku semasa permohonan dikemukakan.
g.    Bagi pelajar yang mempunyai kelayakan yang berbeza daripada yang disyaratkan di perenggan (e) dan (f), pengesahan bahawa kelayakan tersebut setaraf dengan kelayakan yang disyaratkan hendaklah diperolehi daripada jabatan atau agensi sebagaimana dinyatakan;
h.   Baki tempoh pengajian semasa membuat permohonan hendaklah tidak kurang dari satu (1) tahun; dan
i.    Tiada penaja lain.
j.    Pelajar perlu mempunyai akaun simpanan SSPN sebelum membuat permohonan


Untuk maklumat lanjut boleh melayari laman web PTPTN atau hubungi hotline PTPTN di talian 03-20984455.

SENARAI PENAJA PINJAMAN/BIASISWA PELAJAR


NAMA PENAJA

ALAMAT PENUH

JUMLAH

TAJAAN (RM)

1

Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (DIPLOMA)

Ketua Pengarah

Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia,

Bahagian Latihan, Arad 4-6, Blok C1,Parcel C, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62510 W.P.Putrajaya, Malaysia

Tel : 03- 88853000

5000 /setahun

Biasiswa

2

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN)

(DIPLOMA/

INTEGRASI)

PTPTN, Lot G2, Tingkat Bawah, Wisma Chase Perdana, Off Jalan Semantan, Damansara Heights,

50490 Kuala Lumpur

Tel : 03-2098 3805/

5000/ setahun

Pinjaman

3

Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia

Bahagian Biasiswa, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia, Menara PJH, Presint 2, 62100 W.P.Putrajaya

Tel: 03-8884 4697

3000/ setahun

Pinjaman

4

Kuok Foundation Berhad

Pengurus

Kuok Foundation Berhad

Tingkat 14, Wisma Jerneh 38 Jalan Sultan Ismail 50250 Kuala Lumpur

5000 /setahun

Biasiswa

5

Lembaga Biasiswa Negeri Kedah

Setiausaha

Lembaga Biasiswa Negeri Kedah

Wisma Darul Aman

05503 Alor Setar ,Kedah Darul Aman

Tel: 04-7301957

6

Yayasan Kelantan Darul Naim

Pengurus

Yayasan Kelantan Darul Naim

Tingkat 5, Kompleks Yakin,

Jalan Gajah Mati,

15000 Kota Bharu, Kelantan

Tel: 09- 7446127/7483213/3870

7

Kerajaan Negeri Selangor

Setiausaha,

Lembaga Pengamanah Kumpulan Wang Biasiswa Negeri Selangor, Tingkat 3 Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Bangunan Sultan Salahuddin  Abdul Aziz Shah, 40503 Shah Alam

Tel:03-5447470/80/71/67/78

8

Yayasan Selangor

Pengurus Besar

Yayasan Selangor,

Menara Yayasan Selangor

No.1a, Jln Persiaran Barat Off Jalan Timur

46000 Petaling Jaya,

Selangor Darul Ehsan

Tel:03-7551212/7541087

9

Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan 

Setiausaha,

Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan,

Bangunan  Perak Darul Ridzuan ,

Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab 30000 Ipoh, Perak

Tel : 05-2531957

10

Yayasan Perak

Pengurus Pentadbiran

Yayasan Perak, Tingkat 1

Wisma Yayasan Perak, No.111,

Jalan Sultan Idris Shah,

30000 Ipoh, Perak Darul Ridzuan 

Tel : 05-2552929

11

Yayasan Negeri Sembilan

Tingkat 11, Bangunan Yayasan Negeri Sembilan, Jalan Yam Tuan, 70000 Seremban, Negeri Sembilan

Tel: 06-7628046

12

Kerajaan Negeri Pulau Pinang

Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Paras 3, Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) 10503 Pulau Pinang.

Tel : 04-2621957

13

Yayasan Terengganu

Pengurus,

Yayasan Terangganu, Bangunan Yayasan

Jalan Sultan Ismail, 20200

Kuala Terengganu, Terengganu

Tel: 09-6221733

14

Yayasan Pahang

Pengarah,

Yayasan Pahang, Tingkat 17, Kompleks Teruntum, Jalan Mahkota 25000

Kuantan, Pahang

Tel:09-5181800

15

Yayasan Pelajaran Johor

Pengurus Besar,

Yayasan Pelajaran Johor, No. 12, Bangunan YPJ, Jalan Nuri Larkin Jaya, Karung Berkunci 711 , 80990

Johor Bahru, Johor

Tel : 07-2344355

16

Golden Hope Plantations Berhad

Pengurus,

Tingkat 9-16 & 19-20,, Menara PNB

201A Jalan Tun Abdul Razak, 50400 Kuala Lumpur.

Tel:03-21619022

17

JHEOA

Ketua Pengarah

Jabatan Hal Ehwal Orang Asli Malaysia (Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah)

Tingkat 10,20 & 20M, West Block,

Wisma Selangor Dredging, 142-C,  Jalan Ampang, 50450 Kuala Lumpur

Tel:03-21610577

18

Yayasan Sarawak

Pengarah,

Yayasan Sarawak, Tingkat 9 & 10, Wisma Satok, Jalan Satok, Peti Surat 3281, 93764 Kuching Sarawak. 

19

Tabung Amanah Pendidikan Negeri Melaka (TAPNM)

Tabung Amanah Pendidikan Negeri Melaka,

Jabatan Ketua Menteri Melaka

Blok Laksamana,, Aras 3 Seri Negeri,

75450 Ayer Keroh Melaka