Selamat Datang Ke Laman Web Rasmi Politeknik Merlimau Melaka

Font Size

SCREEN

Profile

Tetapan
 
 
 
 
Artikel

Lalulintas

E-mel Cetak
User Rating:  / 6
PoorBest 

TATACARA  MEMBAWA KENDERAAN DALAM KAMPUS
(Tatatertib Lalulintas Jalan, Akta 174)

  • 1. Borang pendaftaran kenderaan hendaklah diperbaharui oleh pelajar pada setiap tahun.
  • 2. Pelajar hendaklah mempamerkan pelekat kenderaan yang sah dikeluarkan oleh Politeknik di bahagian depan sebelah kiri kenderaan.
  • 3. Pelajar hendaklah mempamerkan pelekat L atau P (jika berkenaan) dibahagian depan sebelah kiri kenderaan.
  • 4.Semua kenderaan hendaklah diletakkan ditempat yang dikhaskan untuk pelajar oleh Politeknik.
  • 5. Pelajar dilarang membawa kenderaan melebihi had dibenarkan/dikawasan larangan.
  • 6. Politeknik tidak bertanggungjawab ke atas kenderaan pelajar (termasuk topi keledar) yang hilang atau rosak di dalam kampus.
  • 7.Semua kenderaan yang digunakan mestilah berada di dalam keadaan baik dan selamat untuk digunakan.
  • 8. Pelajar tidak dibenarkan membawa penumpang melebihi had yang dibenarkan.
  • 9. Pelajar dilarang membawa pembonceng yang berlainan jantina atau pelajar dilarang membonceng motorsikal pelajar/orang lain yang berlainan jantina.
  • 10. Pelajar yang menggunakan kenderaan dalam kampus perlu mematuhi peraturan-peraturan berikut :
    - Mempunyai lesen memandu, cukai jalan dan insurans yang sah
    - Mematuhi had laju (30km/jam) dan papan tanda jalan/pandu arah yang ditetapkan oleh Politeknik
    - Menggunakan kenderaan yang tidak mengeluarkan bunyi bising yang kuat atau yang diubahsuai.
    - Memakai topi keledar semasa menunggang/membonceng motorsikal.
    - Memakai baju pantul cahaya semasa menunggang/membonceng motorsikal adalah digalakkan.
    - Bertimbang rasa terhadap pejalan kaki.
    - Mematuhi semua peraturan dan undang-undang bertulis keselamatan jalanraya seperti yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa Jabatan Pengangkutan Jalan.
  • 11.Pelajar yang didapati melanggar mana-mana peraturan lalulintas boleh dijatuhkan hukuman terus
    iaitu amaran atau denda tidak melebihi RM100.00 (Ringgit Malaysia Satu Ratus Sahaja).
  • 12.Pelajar diberi peluang untuk merayu secara lisan sebelum Notis Denda Kesalahan Lalulintas dikeluarkan.
  • 13.Pembayaran denda lalulintas hendaklah dibuat di Bahagian Kewangan Politeknik  dalam tempoh 14 hari bekerja daripada tarikh notis denda dikeluarkan.
  • 14.Resit pembayaran denda perlu disimpan dengan baik sebagai bukti denda sudah dijelaskan untuk menggelak tindakan susulan.
  • 15.Pelajar yang tidak membayar denda dalam tempoh yang ditetapkan boleh dikenakan tindakan digantung daripada menjadi pelajar Politeknik Merlimau dan tidak boleh berada di dalam kampus sehingga denda dilunaskan.
  • 16.Pengarah atau wakil kuasanya boleh dari masa ke semasa membatal atau menambah mana-mana bahagian atau keseluruhan peraturan ini.

PETA LALUAN KENDERAAN PELAJAR DI DALAM KAMPUS POLITEKNIK MERLIMAU, MELAKA
Pelan Parkir & Lalulintas Kenderaan Pelajar Di Dalam Kampus PPM Hari Isnin Hingga Jumaat. Klik Disini.

Pelan Parkir & Lalulintas Kenderaan Pelajar Di Dalam kampus PMM Haris Sabtu Dan Ahad. Klik Disini.

TEMPAT LETAK KENDERAAN PELAJAR DI DALAM KAWASAN POLITEKNIK

Dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara diatas dan saudara/i  adalah diwajibkan mematuhinya.

2. Memandangkan kawasan letak kenderaan di Politeknik Merlimau terhad dan untuk memberi keselesaan kepada warga kampus, maka berikut di bawah adalah peta parking tempat letak kenderaan yang diuntukkan kepada pelajar berkuatkuasa Sesi Julai 2004.

3. Saudara/I juga perlu mendaftarkan kenderaan dan mendapatkan pelekat kenderaan.

4. Kegagalan saudara/i mematuhi arahan ini menyebabkan tindakan saman (tidak lebih dari RM 100) mengikut Akta 174 Tatatertib Lalulintas Jalan boleh dikenakan.

Kerjasama dan kepatuhan kepada peraturan amatlah dialu-alukan.

Petikan soalan yang diterima melalui Sistem Aduan/Cadangan di Laman Web PMM berkenaan lalulintas di dalam kawasan kampus.

Soalan :
pada pendapat saya,parking di pusat sukan harus dibuka semula kepada pelajar. Dalam pemerhatian saya, saya dapat melihat ramai pelajar yang datang ke kelas dalam keadaan penat dan berpeluh. saya juga mengalami masalah ini. selain itu, disebabkan parking di pusat sukan ditutup kepad pelajar, ramai pelajar yang terpaksa melanggar peraturan dgn meletakkan kenderaan di belakang kantin. Dengan jasa baik pihak tuan/puan, saya berharap parking di pusat sukan dibuka semula kepad pelajar sekurang-kurangnya pada waktu final exam yang akan menjelang (kalau boleh pada hari biasa juga parking dibuka). Kepenatan akibat terpaksa berjalan dari parking di hadapan surau pmm ke kelas boleh menyebabkan tumpuan pelajar terganggu. Sekiranya cadangan saya tidak boleh dilaksanakan, saya ingin mengetahui sebabnya selain dari untuk mengelakkan kecurian.

Jawapan daripada pegawai lalulintas PMM :

salam.

Kepada pihak pengadu, ringkasan kepada jawapan kenapa parkir pusat sukan dilarang kepada kenderaan pelajar adalah seperti berikut :

(1) Nasihat/saranan dari pihak polis bagi mudah pemantauan ke atas parkir kenderaan pelajar berpusat bagi motosikal dan kereta bagi mengurangkan kes vandalisme, kehilangan aksesori dan kenderaan.

(2) Parkir Pusat sukan kadangkala diperlukan secara tidak tentu masanya bagi parkir kenderaan bus dari luar sama ada untuk lawatan atau program-program tertentu.

(3) Sikap pelajar yang melampau, meletak kenderaan motosikal dengan cara yang selagi ada ruang udara akan disumbatnya tanpa menghirau kenderaan lain sehingga berlaku kes kenderaan bergesel atau tidak dapat keluar. Pihak Politeknik sebelum ini sehingga tahun penghujung 2007, membenarkan motosikal parkir di pusat sukan, akan tetapi tidak digunakan dengan sebaik-sebaiknya sehingga menimbulkan pelbagai masalah seperti di atas dan masalah kepada kenderaan tetamu pusat sukan.

(4) Masalah kepenatan akibat perjalanan pejalankaki dari parkir sepusat di sebelahan tasik ke kelas adalah tidak berasas kerana ramai lagi pelajar yang berjalan kaki dari Taman Muhibah / Taman Harmoni dan Taman Merlimau Utara ke kelas yang jauhnya lebih jauh dari yang tersebut diatas. Pelajar disaran untuk berjalan kaki yang mempunyai banyak manfaatnya dari segi kesihatan dan kecerdasan. Pelajar seharusnya pandai mengurus masa bergerak dari rumah sewa ke kelas masing-masing. Sebagai contoh, andai kelas bermula 8.00 am, hendaklah keluar dari rumah awal agar tidak perlu berlari atau terkejar-kejar masa akibat lambat ke kelas. Kepenatan berjalan kaki biasanya adalah disebabkan rasa stress akibat lambat ke kelas (lambat bertolak dari rumah sewa) atau kurangnya amalan senaman. Pelajar yang tidak cerdas akibat dari kurang senaman berpotensi diserang strok atau masalah kronik yang lain.

Peraturan ini bertujuan untuk menjaga kebajikan majoriti pelajar. Justeru itu, andai membawa kenderaan banyak memberikan masalah kepada pelajar, disarankan agar pelajar tidak membawa kenderaan masuk ke dalam politeknik (kawasan politeknik mempunyai kawasan parkir yang terhad.)

Sila berjumpa dengan saya jika memerlukan penjelasan lanjut.
Harman Hassan
PHEPKD
ext 2121

Soalan :
Tempat parking kenderaan mortosikal terlalu jauh dari bilik kuliah....saya sering bermandi peluh ketika berjalan ke bilik kuliah.....sehinggakan langsung tidak selesa untuk belajar....apa guna bayar yuran kalau kebajikan pelajar tak di jaga...saya harap pihak poli dapat mengambil tindakan...banyak lagi ruang kosong yang boleh dijadikan parking...mengenai staff pula, perlu disaman sekiranya tidak menggunakan topi keledar.
 

Jawapan daripada pegawai lalulintas PMM :

1. Tempat parkir motorsikal jauh iaitu terletak di kawasan parkir motoriskal berpusat, di sebelahan pusat islam. Sememangnya tidak dapat dinafikan ianya jauh akan tetapi itulah penyelesaian paling terbaik bagi kepentingan semua warga politeknik. Pihak politeknik tidak boleh memberikan kemudahan kepada segelintir pelajar yang akan mengakibatkan mudarat bagi kepentingan keseluruhan pelajar dan kakitangan lain. Sebagai contoh, gangguan bunyi bising motorsikal yang melalui berdekatan kelas, bengkel, pemanduan yang tidak selamat bagi pejalan kaki dan pemandua lain jika laluan dibuka untuk keselurhan pelajar. Dimaklumkan bil kenderaan motorsikal berdaftar dengan politeknik adalah lebih 1200. Secara kiraan rawak semasa, bilangan kenderan motorsikal dalam masa puncak pagi adalah sekitar 800. Justeru itu, dengan bilangan sebegitu dan sikap pemanduan motorsikal yang tidak menghormati orang lain, tentu akan mengundang bencana kemalangan dan ganguan lain jika banyak laluan dibuka untukpelajar. Satu lagi sikap pemandu yang menyebababkan perlunya parkir yang ditentukan (sepusat) adalah sikap penunggang dan pemandu meletak kenderan sesuka hati termasuk jika boleh diletak di depat pintu kelas!!!
Cadangan saya, jika saudara, saudari rasa tersiksa dan amat jauh berjalan kaki dari tempat parkir motorsikal politeknik ke jabatan, saranan saya, bertindak bijak. Iaitu jika saudara/i dari jabatan hospitaliti, dicadangkan motorsikal diletakkan di tempat letak kenderaan di Merlimau Point atau di Masjid Merlimau, tentu lebih dekat untuk saudara/i berjalan dengan tenang.

2. Mengenai staf yang tidak memakai helmet dan sebagainya, secara teknikalnya, pelajar tidak boleh samakan dari segi undang-undang perlaksanaan kerana pelajar tertakluk kepada Akta 174 (termasuk tatatertib lalulintas jalan) di mana Pengarah dan staf yang menurunkan kuasa mendenda wang (tidak
lebih RM100 dan dimasukkan dalam hasil kerajaan) kepada staf (pensyarah-pensyarah yang dilantik sebagai peg. lalulintas)hanya boleh bertindak ketas pelajar Polteknik Merlimau di dalam kampus sahaja. Staf dan lain-lain bukan pelajar adalah tertakluk kepada undang-undang sedia ada iaitu Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan kuasa tindakan oleh pihak polis dan JPJ. Jika dilihat dari segi natijah, kenapa pelajar ditekankan aspek peraturan pemakaian helmet, kerana kebiasaannya, pelajar bermotorsikal akan berada diluar kampus dan jika tidak memakai helmet tentu akan mengundang risiko saman Akta JPJ, kemalangan, masalah tuntutan insuran dan sebagainya. Staf, biarlah JPJ dan pihak berkuasa lain bertindak jika perlu kerana staf tiada kaitan dengan akta 174. Sebagai kesimpulan, kepada pihak pengadu dan semua pelajar Politeknik Merlimau, kemasukkan kenderan pelajar ke dalam politeknik adalah satu
kemudahan pelajar dan bukan hak pelajar. Ambil iktibar di kebanyakkan Politeknik , IPTA lain yang menghadkan kemasukan kenderaan pelajar di dalam kampus. Pihak politeknik tidak beranggungjawab terhadap apa sahaja kemalangan, kerosakkan, kehilangan yang timbul dari hal-hal berkaitan kenderaan pelajar di dalam kampus. Justeru itu jika kenderaan saudara/i banyak membawa masalah sama ada di pihak saudara/i atau pihak lain, disarankan saudara/i TIDAK membawa kenderaan masuk ke dalam kampus.

Sekian