Politeknik Merlimau Menjuarai Kategori Politeknik Di Kejohanan Ragbi Poly 10’s 2020

Cetak
User Rating:  / 0
PoorBest 

rugby2020

Sebentar tadi Kejohanan Ragbi Poly 10's 2020 telah melabuhkan tirainya selepas 53 pasukan beraksi dalam kategori masing-masing yang berlangsung selama 2 hari bermula pada 18 Januari 2020.

Pada edisi kali ini, Politeknik Merlimau telah meraih kemenangan berganda apabila dinobatkan selaku juara kategori Politeknik dan naib juara bagi kategori Institut Pengajian Tinggi (IPT).

Selain itu, Pasukan Politeknik Unicorn menjuarai kategori Wanita selepas menewaskan cabaran pihak Universitas Negeri Jakarta (UNJ).

SYABAS dan TAHNIAH diucapkan kepada Politeknik Merlimau dan kesemua pasukan yang bertanding. Maklumat lanjut rujuk Facebook Rasmi PMM.

Gambar-gambar sekitar pertandingan klik sini.

#PoliteknikMerlimau
#X4X
#MelakaBerwibawa