Assalamualaikum & salam sejahtera..
Sukacita dimaklumkan Jabatan Hal Ehwal dan Pembangunan Pelajar akan mengadakan PROGRAM JOM GEGAU @ PMM pada ketetapan berikut:
Tarikh: 10/10/2018 (Rabu)
Masa: 8.30 pagi-2.00 petang
Antara aktiviti yang diadakan adalah - Jelajah jabatan : JKA/JKE/JKM/JP/JPH
- Taklimat kemasukan ke Politeknik Malaysia
- Lawatan sekitar Politeknik Merlimau, Melaka
Sasaran peserta program ini adalah pelajar-pelajar sekolah menengah di Daerah Jasin. Objektif program Jom Gegau @ PMM adalah satu pendekatan yang menerapkan pemahaman kepada pelajar-pelajar tentang suasana pembelajaran , kursus yang ditawarkan beserta syarat kemasukan ke Politeknik. Semoga program ini dapat menarik minat para pelajar tersebut untuk melanjutkan pengajian ke Politeknik Malaysia dan Politeknik Merlimau khususnya.
Sekian terima kasih..