Laporan Polyhome fasa 3 : Projek pembinaan rumah CSR Politeknik Merlimau, Melaka.

Cetak
User Rating:  / 4
PoorBest 

Bermula Mac 2016, Jabatan Pendidikan Politeknik (JPP) telah memulakan projek komuniti iaitu pembinaan rumah mampu milik yang dinamakan POLYHOME bagi membantu golongan berpendapatan rendah di daerah Besut, Terengganu. Pembinaan akan dilaksanakan oleh pelajar Jabatan Kejuruteraan Awam, Politeknik Merlimau dengan diselia oleh pihak industri iaitu GPIBS Berhad.

Politeknik Melaka merupakan Politeknik Penyelaras untuk pembinaan rumah ini dan  kerjasama dengan  rakan industri mereka iaitu GPIBS Berhad. Pelajar akan didedahkan dengan suasana sebenar di tapak pembinaan (work based learning) dengan melakukan setiap peringkat kerja pembinaan. Di akhir latihan, para pelajar juga akan mendapat Sijil Kecekapan Kemahiran yang dikeluarkan oleh Lembaga Industri Pembinaan Malaysia (CIDB). Melalui akreditasi kemahiran ini, daya saing graduan akan meningkat dan seterusnya menyumbang kepada nilai kebolehpasaran graduan yang tinggi.

Baca laporan penuh di sini.